Transformed Housewife

Wednesday, April 28, 2010

Malam Puisi Wuma 2010 (BM entry)

Salam,

Semalam saya tulis yg hari ini saya tak sempat nak buat entri. Tapi oleh kerana sudah terkena penyakit berjangkit serius- demam berblog, jadi hari ni sempat la jugak nak taip sikit. hehehe. Nasib baik barang2 sudah siap dikemaskan di dalam beg. Cuma esok petang, kawan kami akan datang mengambil barang2 rumah yg dibeli.

Ok, berbalik pada tajuk di atas minta maaf ye kalau tulis selalu melalut dulu sblm tulis pasal tajuk, malam ini kami tak mahu melepaskan peluang bertemu dengan Sasterawan Negara, Prof. Hj. Muhammad Salleh yang kebetulan berkunjung ke Waikato Universiti ni. Ptg ni (Pkl 2 ptg) pun ada Deklamasi Puisi di salah satu bilik kuliah tetapi yang itu terbuka untuk para pelajar saja. Malam ni WUMA (Waikato University Malaysian Association) mengajurkan satu majlis yang dipanggil "Malam Puisi 2010". Ada beberapa persembahan puisi dari pelajar dan juga jamuan Nasi Tomato dan kami yang lain digalakkan membawa makanan sampingan.


Saya kan memang minat puisi, jadi ini merupakan majlis yang saya rasa begitu teruja. Selain mendengar puisi, malam ini juga akan menjadi majlis terakhir kami dapat bersama2 kawan-kawan Malaysia yg lain. Cuma kami hanya mampu bawa air jus sahajalah malam ini sbb saya dah tak ada banyak bahan2 utk membuat mknan yg lain.

Rasanya setelah pulang ke Malaysia baru saya dapat tulis entri mengenai malam puisi. Jadi, kalau nak tahu dan nak tengok gambar, tunggulah ye.

transformed housewife at 11:41 AM
Share

6 comments:

  1. ICAApril 28, 2010 at 1:01 PM

    Nur, have lots of fun tonight at the event. I like what you said about penyakit berjangkit serius, demam berblog.. ingatkan penyakit apa tadi. suspen saja....:)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. AnonymousApril 28, 2010 at 5:33 PM

    salams Nur, saya pun bawak jus juga nur.. okay la tu kan.. laku juga tau...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. UnknownApril 28, 2010 at 10:49 PM

    selamat menyudahkan packing barang,nanti sempat buatla entri pasal malam puisi tu..sy pun suka puisi tapi x kreatif nak cipta sendiri..kekeke

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. Nadiah SidekApril 28, 2010 at 11:34 PM

    nadiah tak reti nak menghayati puisi2 :p

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  5. ummiluqman@azmaMay 1, 2010 at 11:29 PM

    baiklah kami tunggu sambungan cerita ini
    ;)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. transformed housewifeMay 2, 2010 at 9:33 AM

    ni dah sampai msia tapi masih pening2 lalat lg. kena tunggu lg ye sambungan cerita ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Have something to say? Don't be shy....

‹
›
Home
View web version

About Me

My photo
transformed housewife
PJ, Selangor, Malaysia
a daughter, a sister, a wife, a mom and an English teacher by profession.
View my complete profile
Powered by Blogger.