Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, October 21, 2014

Isu pegang anjing: Ulasan Menarik dari Ustaz Ibnu Batoota

~Pegang anjing~
Saya malas nak ambik port dalam hal ni sebenarnya, sebab ini adalah fitnah akhir zaman. Lagi dilayan, lagi merebak.
Setiap hari Islam terus dihina dan dihina, umat semakin berpecah dan berpecah...
Slogan yang dibawa macam biasa:
"Islam itu mudah"
Islam memang mudah, tapi ia bukan permainan orang-orang bodoh untuk dipermudah-mudahkan mengikut nafsu.
Selama ratusan tahun Islam bertapak di bumi bertuah Tanah Melayu, isu-isu kerosakan umat ini tak pernah berlaku.
Adakah kerana orang zaman dulu tidak mempunyai akal?
Atau orang dulu tahap taatnya tinggi?
Antara "orang bodoh tapi mahu mengkaji" dengan "ahli taat", Allah lebih suka dan memuji "ahli taat" sehingga manusia-manusia yang taat tanpa soal seperti para Sahabat Nabi dipuji dalam al-quran sehingga Allah menyebut-nyebut laungan mereka iaitu:
"Kami dengar dan kami taat."
Untuk orang jahil pula, Allah perintahkan mereka bertaqlid (mengikut) orang yang alim:
"dan tanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui."

Bukannya Allah suruh pandai-pandai buat "kajian sendiri" ke, "minda tajdid" ke, "menimbulkan keraguan" ke, "mengkaji semula keputusan ulama terdahulu" ke...
Sebab Allah maha tahu, jika itu yang berlaku, umat akan hancur.
Natijahnya, orang bodoh di jalanan yang tak reti alif ba ta pun akan mengaku diri mufti dan keluarkan macam-macam fatwa berdasarkan pembacaan di internet dan laungkan "islam itu mudah".
Bila kita suruh serahkan soal hukum hakam pada ulama, mereka melenting:
"agama bukan hak ekslusif para ulama!"
Padahal kalau ustaz-ustaz nak menyibuk pasal dunia perubatan, pasal vaksin, pasal kebaikan susu kambing, pasal keharaman ubatan dadah dan lain-lain, orang ramai pulak melenting:
"serahkan urusan perubatan kepada pakarnya iaitu para doktor!!! itu bukan urusan ustaz-ustaz!!!"
begitu juga kalau ustaz-ustaz menyibuk hal kejuruteraan, orang ramai akan melenting!!!
begitu juga kalau ustaz-ustaz sibuk hal kimia, masakan, biologi, matematik dan lain-lain, orang ramai akan melenting supaya serahkan pada ahlinya.
Tapi bila bab agama, dari sepandai-pandai manusia sampai sebodoh-bodoh manusia, semua pakat nak bagi pendapat.
Bila kita marah, mereka melenting kononnya agama itu bukan hak ekslusif ulama.

SEMURAH ITUKAH AGAMA?

Kalian menganggap agama semurah itu, maka aku khuatir sekiranya Allah menjadi murka lalu mencabut agama yang termulia dan lebih mulia dari yang kalian hinakan itu dari dada-dada kalian!
Allah haramkan kita semua memandai-mandai dalam hal agama. Tapi kita diperintahkan Allah untuk taat pada keputusan ahli agama.
Para ahli agama bukannya seorang, tapi ada ratusan ribuan yang telah bersepakat dalam hal tertentu maka kita yang jahil ni perlu TAAT bukannya pertikai.
Kalau nak pertikai jugak, Boleh!
Tapi dengan syarat, kalian mesti setaraf dengan mujtahid.
Ok, saya malas nak membebel, membuak-buak dada geram bila saban hari melihat agama dipermainkan di zaman Dajjal sambil melaungkan slogan "islam itu mudah"....
Sebelum datangnya zaman dajjal, kita tak pernah dengar kecelaruan ini semua. Semuanya taat dan harmoni. Kerana mereka taat perintah Allah iaitu "taat pada keputusan ulama". Sekarang, bila semua nak memandai-mandai, maka bala menimpa kita satu demi satu.
Berkenaan sentuh anjing.
Apa itu najis:
"Segala kotoran yang menghalangi sahnya solat yang dikerjakan." (rujukan kitab Fathul Mu'in, bab najis)
Pembahagian najis:
Najis ada 3 jenis, mukhafafah (ringan), mutawasit (pertengahan), mughalazah (berat).
Babi dan anjing adalah termasuk dalam najis mughalazah iaitu najis BERAT.
Disisi Islam, anjing dan babi lebih kotor dan berat najisnya berbanding darah, nanah, taik, kencing, bangkai, arak dan lain-lain najis.
Cara menyucikan:
Najis yang berat, tidak boleh disucikan secara biasa. Tapi mesti dilakukan "sertu" iaitu basuh 7 kali dan air yang ke 7 tu perlu dicampur tanah suci.
Berkenaan sabun sertu, saya tak tahu apa kandungannya, kita diajar Rasulullah untuk pakai tanah bumi, bukan sabun perisa tanah. Yang itu saya serahkan pada majlis fatwa apa keputusan mereka, apakah sabun tu sama 100% seperti tanah bumi atau tidak.


Hukum menyentuh najis:
Ada dua keadaan yang perlu dilihat, keadaan pertama;
1) Terpaksa/mempunyai sebab.
Contohnya polis K9 pemburu yang menggunakan anjing dan terpaksa pegang anjing.
Contoh lain, doktor haiwan yang terpaksa merawat anjing/babi atau untuk proses pembelajaran. Contoh lain, anjing yang dalam kesusahan dan kita membantunya.
Hukum: Harus. Tapi wajib sertu selepas menyentuhnya.
2) Tidak ada sebab/suka-suka.
Contohnya sengaja memeluk anjing dan berselfie. Sengaja menyentuh tanpa sebab seperti di acara "i want to touch dog" dan berselfie. Walaupun dia doktor haiwan, tapi sengaja sentuh untuk selfie (bukan untuk rawatan/pembelajaran). Dan apa-apa sahaja sentuhan yang tidak bersebab.
Hukum: Haram dan wajib sertu selepas menyentuhnya.
Dalil kitab:
"Tidak diwajibkan menyingkiri najis (dari badan) ketika di luar solat. Hukum tidak wajib ini adalah selama mana najis itu tidak sengaja dilumurkan pada badan atau pakaiannya. Oleh sebab itu, SENGAJA MELUMURKAN NAJIS (samada najis ringan, pertengahan, atau berat) pada badan adalah HARAM."
(RUJUKAN: Kitab Fathul Mu'in, Imam Zainudin Malibari, bab najis)


Ertinya:
Allah memuliakan manusia sebagai makhluk yang suci dan Islam menitikberatkan kesucian. Anjing dan babi diciptakan Allah sebagai ujian buat manusia untuk menguji siapa yang akan taat pada Allah akan hal kenajisan dan keharaman untuk memakannya. Babi dan anjing dikategorikan sebagai najis berat dan sengaja melumurkan/meramas/memeluk/menyentuh mana-mana kategori najis secara sengaja dan tidak bersebab, hukumnya adalah haram. Jika meramas taik sendiri pun kita jijik dan dicela syarak (sedangkan ia najis mutawasitah), apatah lagi kita meramas dan memeluk najis mughalazah sambil berselfie dan berbangga?
Hal ini merupakan keputusan muktamad di dalam mazhab Syafi'e yang digunapakai di Malaysia.
Nak pertikai?
Boleh....
Dalam mazhab Syafi'e, ada ratusan ribu ulama hebat yang ribuan antara mereka telah mencapai tahap mujtahid. Beberapa di kalangan mereka pula telah mencapai tahap mujtahid mutlak.
Kata Imam Ahmad bin Hanbal, untuk mencapai tahap mujtahid mutlak, anda perlu menghafal paling kurang 400 ribu hadith secara bersanad. Belum lagi qualification yang lain.
Sekiranya anda melepasi tahap ini, silakan buat mazhab sendiri dan suka hati andalah nak buat fatwa macam mana.
Tapi sekiranya anda sedar bahawa diri anda bodoh, sepertimana saya sedar diri saya bodoh. Maka perintah untuk orang bodoh seperti kita ialah taat pada ijmak (kesepakatan) ulama.
Sekiranya anda tidak mahu lagi taat pada mazhab Syafi'e dan mahu berpindah ke mazhab lain yang membenarkan anjing disentuh seperti mazhab Maliki, silakan.... mazhab Maliki pun ahli sunnah juga.
Tapi anda mesti amalkan mazhab Maliki secara keseluruhan dari wudhuk, solat, najis, halal haram , zakat, puasa dan saya tak tahu pula di Malaysia ni ada kelas mazhab Maliki ataupun kitab-kitab mazhab Maliki yang sudah diterjemah ke bahasa Melayu.
Jadi anda perlu ke negara bermazhab Maliki seperti Algeria untuk bertalaqqi ataupun anda upah tok guru dari sana untuk mengajar anda di Malaysia.
Dan jika semua ini anda tak mahu lakukan dan tetap mahu berselfie dengan najis sambil meramas-ramasnya dan tunjukkan pada public seolah-olah mahu mencabar hukum Allah.
Maka ketahuilah bahawa anda adalah perosak agama yang ditipu dengan fitnah dajjal untuk membawa ke hulu ke hilir slogan "islam itu mudah."
Anda juga telah jatuh fasik (kerana mengisytiharkan dosa secara terang-terangan) dan tidak boleh menjadi imam solat, wali nikah, sumpah tidak valid, tidak boleh menjadi hakim/qadhi/bendahari dan lain-lain hal yang dilarang untuk orang fasik selagi anda tidak bertaubat.
Note: Nanti anjurkan pulak acara "i want to touch shit" (saya mahu sentuh taik) dan canang slogan "islam itu mudah". Jangan lupa buat tutorial macam mana nak bersihkan tangan lepas ramas taik. Its ok, najis mutawasitah je kan....

Thursday, September 25, 2014

Coin Deposit Machine

I just knew that there's a Coin Deposit Machine now at some branches of some major banks. So, go and find your piggy bank and it's time to deposit all of your coins. I'm going to deposit mine too since, I always keep the small change in a container. At least I can turn those coins into my rainy days saving. This kind of machine is not so popular yet as we can't find any in some states.

Here's a list where you can find Coin Deposit Machine:
 
 
LET'S DO SOME SAVING EVERYONE!


Sunday, September 21, 2014

On Foot from Bosnia to Makkah.

Here is an inspiring story that we must read:

From Bosnia to Makkah to do Hajj on foot...
A Bosnian Muslim pilgrim who left last December 2011 on pilgrimage to Makkah by foot told AFP on Monday that he has arrived after passing through seven countries including war-torn Syria.
“I arrived Saturday in Makkah. I am not tired, these are the best days of my life,” Senad Hadzic, 47, said when reached by phone on a Saudi mobile number.
He said he had covered some 5,700 kilometres (3,540 miles) in 314 days of walking through Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turkey, Syria and Jordan to the Muslim holy city in south-western Saudi Arabia, with a backpack weighing 20 kilos (44 pounds).
He charted his progress on his Facebook page, where he posted a picture apparently of an entry/exit card for foreigners issued by the Syrian interior ministry.
“I passed through Syria in April. I walked some 500 kilometres in 11 days. I went through Aleppo and Damascus and passed dozens of check-points held by pro-government and rebel forces alike, but I was never detained,” Hadzic said.
“At a check-point held by (President Bashar) al-Assad’s forces the soldier ordered me to empty my backpack... When I showed them my Quran and explained I was making the pilgrimage on foot, they let me go,” he told AFP.
“I walked in the name of Allah, for Islam, for Bosnia-Hercegovina, for my parents and my sister,” he added.
On his Facebook page he said God had shown him the way in dreams, including to go through Syria instead of Iraq.
During the pilgrimage, Hadzic faced temperatures ranging from minus 35 Celsius in Bulgaria to plus 44 Celsius in Jordan.
He said he had to wait in Istanbul for several weeks to get permission to cross the Bosphorus Bridge on foot and two months at the border between Jordan and Saudi Arabia to obtain an entry visa.
The hajj is one of the five pillars of Islam and must be undertaken at least once in a lifetime by all Muslims who are able to
Don't forget to share this great story Ma'sha'Allah...

Friday, September 19, 2014

Thursday, September 11, 2014

About to explode!!!!

What do you do when you feel like exploding? Where do you go to release your tension? How do you wind off? With whom do you confide?

Who says that when you are the boss, it's easy. You won't have the stress. You decide most of the things. You have the freedom.

There's always stress no matter what you do. You can't even escape from it. Even you only stay at home, taking care of your own children.

YES! I know, it's how you manage your own feeling. How you choose to channel your anger and frustration. It's also show why you need good friends. I haven't had the chance to spend some quality time with my friends nowadays.

I really need girls day out.

Thursday, September 4, 2014

Perkembangan terbaru adik saya yg terlibat dlm kebakaran. (BM entry)

Ada entri sebelum ini mengenai kejadian yang menimpa adik saya Mohd Rashdan. Secara ringkasnya dia telah terlibat dalam kebakaran yg memusnahkan rumah yg didiaminya dan isterinya. Rumah tersebut adalah rumah kayu yang telah lama dibina. Punca kebakaran adalah litar pintas dari peti sejuk. Sewaktu kejadian, adik saya cuba memadamkan api dengan menyimbah air. Jadi dia tercedera teruk. Isterinya sempat keluar rumah dan tidak mendapat apa-apa kecedaraan.

Sehingga ke hari ini, Rashdan masih dirawat di Hospital Besar Kota Bharu. Dia mengalami kecedaraan kebakaran tahap 2 di mana belakang, lengan kanan dan mukanya disambar api. Ambulans pada mulanya menghantarnya ke Hospital Tumpat kerana itu yang terdekat dengan lokasi. Tetapi pihak Hospital Tumpat mengatakan kesnya perlu dirujuk ke Hospital Besar Kota Bharu yang mempunya pakar.

Adik saya ni sebenarnya OKU. Begitu juga isterinya. Selama ini dia telah berusaha untuk hidup atas hasil titik peluh sendiri. Kami adik-beradik sangat bangga dengannya. Sebab itulah bila dia telah ditimpa musibah sebegini, rezekinya masih ada. Ramai juga bersimpati dan menderma sedikit untuk meringankan bebannya.

Hari ini atau mungkin esok, insha allah doktor akan menjalankan pembedahan menggantikan sedikit kulit yang teruk tercedera di lengan kanan dengan mengambil sedikit kulit di pehanya. Minta sesiapa yang membaca entri ini mendoakan semoga semuanya berjalan lancar.

Selepas ini kami adik beradik akan cuba merancang dan membantunya untuk bekerja semula selepas sembuh. Bukan mudah rasanya kerana dia tidak akan cergas dan sihat sepenuhnya seperti dulu. Tapi kami percaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik untuknya. Ini ujian bukan hanya untuk dia dan isteri tapi untuk kami semua yang ada kaitan dengan mereka. Oleh kerana itulah, kami pun turut terkesan dengan kejadian tersebut. Rasanya yang lain, ada pelbagai ujian dalam bentuk lain kan. Yang penting bagaimana kita mahu bangkit selepas itu.


2 gambar adik saya di hospital. Gambar pertama sewaktu hari kedua kejadian. 
Gambar kedua selepas 2 minggu di hospital bila luka makin pulih.