Rasanya semua dah tahu mulai dari esok 1 Jun 2011, tarif baru untuk bil elekrik akan dikuatkuasakan. Dalam akhbar2 tempatan hari ini, menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, penyelarasan yang berkuat kuasa 1 Jun itu dilakukan selari dengan penyemakan semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung yang berkuat kuasa pada tarikh sama. Untuk pengguna-pengguna yang menggunakan elektrik kurang dari 300kwj, bil elektrik mereka tidak akan mengalami kenaikan. Kalau nak baca berita penuh, silala ke LAMAN INI
Nak tahu bil anda akan naik atau tak? Jom semak jadual ini:
Nampak gayanya bil kat rumah kami akan mengalami kenaikan sbb ramai yang tinggal kat rumah ni sekarang. Biasanya bil kami dlm RM200 ke atas. Yelah, ada 5 buah bilik tidur dan ada 9 orang dewasa dan 4 kanak2. Nasib baik kami berkongsi untuk membayar bil elektrik kerana kami menumpang di rumah keluarga mertua. Kalau nak berjimat, mmg selama ni dah cuba sedaya upaya untuk berjimat bila guna elektrik. Rasanya penggunaan alat penghawa dingin, peti sejuk dan mesin basuh merupakan mesin2 melibatkan penggunaan elektrik yang banyak. Nampaknya kena basuh baju pakai tangan, tidur dengan kipas jelah lepas ni. Semasa kami tinggal di Hamiton, New Zealand, kami ada banyak pilihan syarikat pembekal elektrik. Lps tu suami saya pula awal2 lg pilih "Flat Pay Rate Bil". Maknanya tiap2 bulan bayar amaun yang sama, bila ada terlebih bayar, baki akan dibawa ke bulan2 lain. Setiap bulan juga ada potongan diskaun. Di bulan terakhir kami di sana, ada banyak juga baki dan kami dapat balik duit baki tu.
Ada sesiapa ada idea2 lain yang lebih bernas untuk menjimatkan elektrik?


