1. Hari ni setelah sekian lama, dapat aku merasa makan daging burung. Tak tahu nak cakap burung spesis apa sebab abahku sendiri yang pergi menembak burung di musim banjir. Memang hobi dia sejak dulu-dulu lagi. Kami adik-beradik dah biasa menolong untuk mencabut bulu burung, menyiang dan kemudian menggoreng daging burung. Rasanya? Dagingnya sikit je , macam liat-liat tapi ada rasa tak boleh nak digambarkan. Makan semasa nasi masih panas bersama dengan daging burung goreng kunyit memang jadi nostalgia untuk kami adik-beradik.
#gambar sekadar hiasan sbb tak sempat ambik gambar td.
2. Satu lagi makanan eksotik yang kami selalu makan masa musim banjir ialah belalang kunyit. Yang ni susah sikit nak dapat kecuali kita sanggup meredah air berlumpur banjir dan masuk dalam sawah. Belalang kunyit ni warnanya hijau dan saiznya tak besar sangat. Bila dapat tangkap, terus kami simpan dalam plastik dan bila balik kami akan buang dulu kaki belakang yang tajam tu. Letak je garam dan kunyit dan terus goreng. Rasanya? Rasa macam makan udang dan sangat rangup. Biasa kami ratah tanpa nasi dan makan ramai-ramai. Mesti yang akan rasa geli nak makan bila tgk belalang kan? Kalau tak biasa memang macam tu. Tapi bila sekali dah cuba, rupa belalang tu kita tak nampak dah sebab makan belalang ni lagi sedap dari makan keropok.
#gambar sbg hiasan lg.
3. Kulat sisir adalah satu lagi makanan yg aku suka bila musim banjir. Dah lama sangat tak makan sebab macam susah nak cari je kat KJ ni. Yang paling sedap kulat ni dicampurkan ke dalam telur lepas tu goreng buat telur dadar. Kulat tu kena rendam dengan air garam sekejap baru rasanya lagi sedap sebenarnya. Nampak ada macam-macam resipi yang orang lain selalu buat. Kalaulah boleh cari lg, mesti sedap. Tapi kan, kulat ni dikira makanan eksotik ke?
Apa makanan eksotik yang korang pernah makan?