Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, February 25, 2014

Dilemma wanita. Minta pandangan. (BM entry)

Masalah seorang wanita:

Ada seorang wanita ni, sudah 10 tahun berkahwin dan ada beberapa orang anak. Dia bekerja sendiri sambil menguruskan anak-anak. Suaminya pulak bekerja di kolej swasta. Sebelum ini mereka berdua tiada masalah besar dalam rumahtangga. Anak-anak mereka pun semua pandai-pandai.

Sejak akhir-akhir ini bila suaminya dinaikkan pangkat dan beban kerja makin bertambah, si isteri ni rasa tak sedap hati. Pada mulanya isteri tak mahu berfikir perkara-perkara negatif atau perkara buruk. Tapi bila si suami selalu sangat balik lewat malam, si isteri lagi rasa tak sedap hati. Bukanlah si isteri nak bersangka buruk tapi menurut si isteri ni, memang perasaan tak sedap hati tu makin kuat.

Jadi, si isteri telah memeriksa telefon bimbit si suami. Bila diperiksa bahagian SMS, si isteri menjumpai beberapa mesej yang agak mencurigakan. Ayat-ayat yang digunakan agak kurang sesuai untuk rakan sekerja si suami. Rakan sekerja itu pula, iya...seorang perempuan bujang. Antara ayat-ayatnya ialah, "See you later, darling". "Let's go and meet in Tesco".

Si isteri bersemuka dengan si suami untuk bertanya lebih lanjut. Menurut si suami, rakan sekerjanya itu suka bergurau. Itu hanya cara dia bergurau. Mereka keluar makan ramai-ramai di Tesco selepas waktu kerja kerana kantin kolej sudah ditutup selepas pkl 8 mlm. Rakan sekerja si suami tu selalu membantunya menyiapkan kerja-kerja pentadbiran selepas waktu pejabat. Hubungan mereka memang tidak lebih dari itu.

Si isteri tidak mahu memanjangkan isu tersebut. Jadi dia hanya meminta si suami berhati-hati dan memastikan mereka hanya membuat urusan kerja dan tidak lebih dari itu.

SEKARANG, APA PENDAPAT YANG LAIN YANG SUDI MEMBACA MASALAH DILEMMA WANITA INI? SALAHKAH SI ISTERI MEMERIKSA TELEFON BIMBIT SUAMI? APA TINDAKAN SEWAJARNYA SELEPAS INI? 

 

3 comments:

Puan Kutu said...

masalah kaknor ke org lain ni..pada sy naluri kita org pmpuan ni kuat,klu betul suami ada hubungan kita mesti dpt rasa..tak salah kita baca hp suami klu rasa macam ada benda mencurigakan..org kata sebelum hubungan tu pergi lebih jauh baik kita pantau..

pun begitu kena percaya dengan suami,mungkin ayat bergurau tu betul..kita pun jgn cepat sgt buat andaian..

org laki klu buat salah depa tak pandai cover punya..kita sebagai isteri mesti tahu..dia kan suami kita..:)

yatie chomeyl said...

pompuan tu tak patut panngil laki orang darling...dah la dio buje lagi..x patut!

Susan Elsa Saiful said...

For me baca hp suami tak salah sebab seharusnya antara suami isteri tiada rahsia jadi kalau takde yg nak dirahsiakan, apa salahnya?

I agree dengan statement yatie pasal perempuan panggil suami orang darling tu, sungguh tidak patut dan kurang sopan.

At the same time, lelaki yang dah berkahwin pun sepatutnya tak menggalakkan kawan sekerja panggil dia darling walaupun dengan maksud bergurau. Gurauan begini boleh menimbulkan fitnah.