Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Wednesday, July 23, 2014

Butir Nangka

Kuih ini namanya "Butir Nangka". Kenapa namanya begitu? Tak pasti asal usul namanya. Yang pasti, kuih2 Kelantan ada nama-nama pelik. Anak sulung saya, Fathini bersemangat nak buat kuih ini semalam. Bukan susah pun.

Bahan-bahan yang diperlukan:
-2 cwn tepung beras pulut
-pewarna hijau (atau lagi sedap mesin daun pandan utk dptkan warna hijau)
-sedikit garam
-sedikit air suam 
-sekotak santan (cairkan sikit jika terlalu pekat)
-biji halba (beberapa biji saja)
-sedikit gula putih (atau boleh juga guna gula melaka kalau nak bg lemak)
-2 helai daun pandan

Cara-cara:
Mula-mula masukkan tepung beras pulut ke dalam bekas. Ambil secubit garam. Masukkan beberapa titik pewarna. Kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaulkan adunan sehingga menjadi tidak terlalu lembik atau terlalu keras untuk diuli. Ambil secubit adunan dan buat bentuk bujur. Bila semua dah siap, panaskan air dalam periuk untuk merebus dulu butir2 nangka.

Untuk kuahnya:
Tuang santan ke dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan gula. Masakkan santan sehingga mendidih dan masukkan butir2 nangka ke dalam kuahnya.

Selamat mencuba.

Thursday, July 17, 2014

Hampir2 jd perempuan gila mengamuk (mcm Kiki K.)

Ramai yg tahu pasal kes Kiki Kamaruddin yg mengamuk sakan bila kereta Peugot CDM25 dia kena langgar kan. Pagi ini rasanya saya pun hampir2 jd macam dia. Cuma saya tak sampai turun dr kereta bawa stereng lock. Apa yang berlaku?

Kisah saya hanya kerana saya tak dapat nak keluar dari tempat letak kereta sebab ada orang-orang yg cetek pemikiran main letak je kereta ditempat tak sepatutnya. Diaorg ni letak kereta tempat di belakang tempat letak kereta berbayar. Dahlah tak bayar tiket lepas tu menyusahkan orang lain pulak. Kereta saya pulak kereta lama yang agak besar dan panjang. Stereng tak de power dan memang kereta manual. Yelah kereta yg dah berusia lebih 30 tahun. Toyota Corona tahun 70 an. Kalau ingat tak sayangkan kereta dan kalau ikutkan hati panas, memang nak langgar je kereta-kereta yang tak reti nak letak tempat sepatutnya tu. Dah berpeluh2 saya masuk, keluar nak cuba keluarkan kereta juga tapi tak dapat sebab memang tak lepas. Jadi saya pun tekan je hon berpuluh2 kali sampaila ada sorang pakcik datang alihkan kereta dia. Nasib baik. Saya tak cakap apa pada pakcik tu. Cuma jeling dia dan terus keluarkan kereta saya dan pergi dari situ. Kiranya malas nak panjangkan cerita.

Rasanya kalau tak de yg dtg alihkan kereta, saya akan tekan je hon sambil cuba lg keluarkan kereta. Dalam kes Cik Kiki tu, saya dah malas nak ulas. Kenapa? Semua orang akan buat silap bila tengah tertekan. Setakat mana kita buat silap tu yang bezanya. Saya pun cuba sejukkan hati sendiri walaupun rasa dah nak menyumpah seranah. Tapi rasa macam orang gila pulak menyumpah sorang-sorang. Kurang pahala puasa tu tak yah cakaplah. Memang dah habis pahala puasa kot. huhu.

Kalau kita semua bertimbang rasa, fikirkan pasal orang lain, tak akan terjadi banyak perkara buruk. Memang kita suka ikutkan hati. Masa marah memang tak ingat apa. Yang penting, keluarkan dulu kemarahan tu kan. Padahal kita dah diajar supaya mengawal kemarahan. Orang yang paling bersabar akan dapat banyak ganjaran lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni. Cakap je memang senang, tapi bila ada masalah lupa nak bersabar, lupa dosa pahala.

Ini tips mengawal kemarahan yg saya tahu.
  • Beristighfar dulu. Kemudian sebutlah "Lahaulawalaquwwataillabillah".
  • Kalau belum reda, ubah kedudukan. Kalau tengah berdiri, duduk. Lepas tu baring.
  • Ambil wudhu' utk menyejukkan hati kalau masih terasa panas hati.
  • Fikir apa yang sepatutnya dilakukan dan fikirkan perkara baik dan buruk yang akan berlaku jika kita masih marah.
Siapa yang pernah mengalami situasi di luar kawalan yang buat kita rasa geram dan marah sangat?my

Sunday, July 13, 2014

Big, fat Chocolate Chip Cookies.

It's 15th Ramadhan and my daughters were so excited to make some cookies this morning. Every year, Chocolate Chip cookies will be on the list as they love chocolate. I just helped them a bit and let them did the rest.

The cookies might not last until raya but they don't mind about it. They just love making cookies and having fun while making them. This tradition of making cookies is part of my childhood tradition too. When we were small, my late mum used to teach us making raya at least 5 to 6 types of cookies. Those cookies would be distributed among our poor relatives and neighbours. Helping her in the kitchen was one of the unforgettable bonding time between us.

I'm teaching my daughters to make cookies now as a reminiscent of my childhood memory.  I miss those moments and it's also make me appreciate my late mum more. She taught me a lot and I want to create a lot of sweet memories with my daughters too. Hopefully they'll remember our sweet memories and treasure the bonding between them too.

These are their big, fat chocolate chip cookies.
Photo: Big, fat choc chip from chef Tini n Fizah.

Sunday, July 6, 2014

Sebaknya...Jom baca nukilan terakhir allahyarham Sharifah Aini (BM entry)

Sila Baca Nukilan Terakhir Allahyarham Datuk Sharifah Aini untuk Anak tunggalnya Aliff :- Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.

In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.
Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadan Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.
Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar diMadinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.
3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…
Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami…Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah….Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar….Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.
Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..
Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!
CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.

Semoga allahyarhamah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Kita ni tak tahu lg untung nasib kita. Beruntung orang-orang yang meninggal di bulan Ramadhan ni. Saya teringat juga pada arwah moyang saya yang meninggal di bulan Ramadhan juga ketika arwah berumur 80 tahun lebih. Ketika itu saya baru berumur 10 tahun. Segala urusan jenazah berlaku amat cepat dan mudah. Ramai juga yang datang waktu solat jenazah. Yang saya ingat arwah seorang yang lemah lembut dan amat penyayang dengan anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya. Byk juga kenangan dgn arwah yg saya tak dapat lupakan.