Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Wednesday, July 23, 2014

Butir Nangka

Kuih ini namanya "Butir Nangka". Kenapa namanya begitu? Tak pasti asal usul namanya. Yang pasti, kuih2 Kelantan ada nama-nama pelik. Anak sulung saya, Fathini bersemangat nak buat kuih ini semalam. Bukan susah pun.

Bahan-bahan yang diperlukan:
-2 cwn tepung beras pulut
-pewarna hijau (atau lagi sedap mesin daun pandan utk dptkan warna hijau)
-sedikit garam
-sedikit air suam 
-sekotak santan (cairkan sikit jika terlalu pekat)
-biji halba (beberapa biji saja)
-sedikit gula putih (atau boleh juga guna gula melaka kalau nak bg lemak)
-2 helai daun pandan

Cara-cara:
Mula-mula masukkan tepung beras pulut ke dalam bekas. Ambil secubit garam. Masukkan beberapa titik pewarna. Kemudian masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaulkan adunan sehingga menjadi tidak terlalu lembik atau terlalu keras untuk diuli. Ambil secubit adunan dan buat bentuk bujur. Bila semua dah siap, panaskan air dalam periuk untuk merebus dulu butir2 nangka.

Untuk kuahnya:
Tuang santan ke dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan gula. Masakkan santan sehingga mendidih dan masukkan butir2 nangka ke dalam kuahnya.

Selamat mencuba.

6 comments:

Eliss Mie said...

lama x makan. teringin pulak nak buat :p padahal tak puasa dah..hehehe

eima said...

resepi dan cara buat sama cam buah melaka cuma beza nye tak gula dan kelapa .... dab berkuah ... mudah je ...

aku br tau nama kuih ni sbb MIL nk mkn sgt ari tu

isabelle frankly said...

nape kena taruk halba ekk? utk bau n flavour ke?

transformed housewife said...

eliss: blh je buat utk puasa enam.

transformed housewife said...

eima: mmg senang je. ni kuih kegemaran saya ni.

transformed housewife said...

Isabelle: utk rasa dan juga bau rasanya. tak letak byk sgt sbb kalau tergigit takut pahit.