image :Flickr
Salam,
Ado sekor anok tupa,
Atas jula mokte,
...................................
Okay siapa tahu sambungan lagu tadi? Tu lagu ke apa? Nak tahu, jom tengok video ini:
Jd guano? Sapo ingat dikir ni? Ko tok rajin denga pung. Ambo tok berehi mano dikir2 hok ado lirik2 ngarut, ngabe tapi dikir Halim Yazid ni mmg ambo berehi. Sebenarnyo adik2 ambo hok dok minat dulu lagu2 dikir Halim Yazid ni. Pah tu jakit ko muloh ma dgn abah ambo. Ambo pun tupe denga la bilo abah ambo siap beli kaset Halim Yazid hok ado lagu "Anok Tupai" tu. Maso tengoh hit lagu ni, hr2 ambo denga kaset atah keto.
Nok keno "translate" ko lirik lagu dikir ni? Ok, ambo "translate" sikit utk jd pengajare nga iktibar
sapo2 hok denga dgn tengok video ni:
Ada seekor anak tupai
atas dahan rambutan
kudung ekor, perut lapar,
berjalan (merayau) cari makan
kejadian Tuhan, yang dipanggil nama (dinamakan) tupai
asalnya di dalam hutan, sejenis mamalia
kalau pasal berjangkit ke dahan, dialah yang paling pandai
jatuh jarang-jarang, pasal dia tak sabar
sepandai-pandai tupai melompat
jatuh ke tanah juga
nak menggambarkan kat orang jahat, jangan terlalu besar kepala
orang dulu-dulu, ramai-ramai kejar tupai
bimbangkan buah kayu (buah-buahan) tak sempat membesar,
nyior (kelapa), durian, duku kalau digigit tupai,
pendeknya tahun tu, kelapa durian tak sempat dan jual
orang sekampung, tupai seekor
berkejar hari-hari
pakat-pakat lingkung, pakat-pakai pekong(baling)
tupai tak sempat nak lari
bila senapang ada, tupai habis mati
yang inilah saya rasa, kita sangat rugi
kita manusia setinggi mana pun kita mengaji (belajar),
nak buat tupai seekor, tentu sekali takkan menjadi
sekarang ni di kampung atau di bandar
jarang boleh tengok
bapak tupai, ibu tupai.. berjalan bawak anak
rasa kesian sungguh tengok seekor anak tupai
kerana terlalu kurus, sampai tak boleh nak meniti pagar
bulu-bulu pun habis luruh, air mata berberai-berai (berderai-derai)
mari dari dalam baruh, barangkali (agaknya) kena racun tembakau
(lirik diambil dr blog ini)
Rasa2 boleh faham maksud yg tersirat dgn tersurat tak? Sy rasa tak perlu sy tulis penjelasan pjg lebar
pasal pengajarannya. Sesiapa yg baca boleh faham kan. Kalau ada yg nak berkongsi apa yg anda faham dr lagu dikir ni pun boleh. Amat dialu-alukan.
17 comments:
huh, anak jiran shira (oghe kelate) mmg terer lagu ni, umur br nak masuk 3thn... dh la bdk mmg jenis klaka, bl nyanyi lagu ni mmg nak pecah perut... yg syoknya dia x pelat cm bdk2 sebaya dia, sebutan jelas...
entertainment with a moral value. GOOD! 2 thumbs up! :)
besh!! balik kelate nanti?
Shira,
tulah akk tak minat dikir2 yg lain tapi kalau Halim Yazid ni dikir berisi.
Fairus,
Dah lama juga lagu dikir ni. Tak tahu mana hilang penyanyi ni. Dah tak buat album dah.
C'Ma,
mestila balik sekejap nak jumpa abah dgn adik2 dan sedara-mara lain.
hik3..adik saya bukan main suka lagu ni...ada sekor anak tupai..
my fav song time student dulu...lagu ni mmg penuh moral lesson kan?
my fav song time student dulu...lagu ni mmg penuh moral lesson kan?
eyriqazz tak minat ke lagu ni?
yup Mama Miya penuh dgn moral lessons. Tu yg ambo suko tu :D
nadiah suka gak lagu ni kak. tapi each time dgr asyik tergelak2 je sbb dlm dialek kelate..hihi..
salam,..
paling suka part ni.. ramai manusia lo ni tak ingat kuasa Tuhan doh...
kita manusia setinggi mana pun kita mengaji (belajar),
nak buat tupai seekor, tentu sekali takkan menjadi
Nadiah,
La kenapa tergelak?
betul kan Yushida, mana kkta boleh buat seekor tupai. Kalau tupai robot pun tak sama dgn yg sebenar.
Nur... dikir ni saya tak bape nok minat sangat, tapi sebab hubby minat nok2 dikir halim yazid ni.. jadi kita ikut jer layan....
pah dengar banyok2 kali eh sedap pulok dikir ni.. yg halim yazid memang banyok pengajaran, ada satu dikir dia pasal kisah hidup dia sendiri.. memang sedih sangat bila dengar.
Terima kasih atas reference. :-)
Post a Comment