Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Thursday, September 4, 2014

Perkembangan terbaru adik saya yg terlibat dlm kebakaran. (BM entry)

Ada entri sebelum ini mengenai kejadian yang menimpa adik saya Mohd Rashdan. Secara ringkasnya dia telah terlibat dalam kebakaran yg memusnahkan rumah yg didiaminya dan isterinya. Rumah tersebut adalah rumah kayu yang telah lama dibina. Punca kebakaran adalah litar pintas dari peti sejuk. Sewaktu kejadian, adik saya cuba memadamkan api dengan menyimbah air. Jadi dia tercedera teruk. Isterinya sempat keluar rumah dan tidak mendapat apa-apa kecedaraan.

Sehingga ke hari ini, Rashdan masih dirawat di Hospital Besar Kota Bharu. Dia mengalami kecedaraan kebakaran tahap 2 di mana belakang, lengan kanan dan mukanya disambar api. Ambulans pada mulanya menghantarnya ke Hospital Tumpat kerana itu yang terdekat dengan lokasi. Tetapi pihak Hospital Tumpat mengatakan kesnya perlu dirujuk ke Hospital Besar Kota Bharu yang mempunya pakar.

Adik saya ni sebenarnya OKU. Begitu juga isterinya. Selama ini dia telah berusaha untuk hidup atas hasil titik peluh sendiri. Kami adik-beradik sangat bangga dengannya. Sebab itulah bila dia telah ditimpa musibah sebegini, rezekinya masih ada. Ramai juga bersimpati dan menderma sedikit untuk meringankan bebannya.

Hari ini atau mungkin esok, insha allah doktor akan menjalankan pembedahan menggantikan sedikit kulit yang teruk tercedera di lengan kanan dengan mengambil sedikit kulit di pehanya. Minta sesiapa yang membaca entri ini mendoakan semoga semuanya berjalan lancar.

Selepas ini kami adik beradik akan cuba merancang dan membantunya untuk bekerja semula selepas sembuh. Bukan mudah rasanya kerana dia tidak akan cergas dan sihat sepenuhnya seperti dulu. Tapi kami percaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik untuknya. Ini ujian bukan hanya untuk dia dan isteri tapi untuk kami semua yang ada kaitan dengan mereka. Oleh kerana itulah, kami pun turut terkesan dengan kejadian tersebut. Rasanya yang lain, ada pelbagai ujian dalam bentuk lain kan. Yang penting bagaimana kita mahu bangkit selepas itu.


2 gambar adik saya di hospital. Gambar pertama sewaktu hari kedua kejadian. 
Gambar kedua selepas 2 minggu di hospital bila luka makin pulih.
 

2 comments:

mai has said...

semoga keluarga tabah.sesungguhnya ujian itu utk menaikkan darjat kita...

imm said...

salam kenal..

terlompat masuk sini dari bloggerkelantan.com..:)