~Pegang anjing~
Saya malas nak ambik port dalam hal ni sebenarnya, sebab ini adalah fitnah akhir zaman. Lagi dilayan, lagi merebak.
Setiap hari Islam terus dihina dan dihina, umat semakin berpecah dan berpecah...
Slogan yang dibawa macam biasa:
"Islam itu mudah"
Islam memang mudah, tapi ia bukan permainan orang-orang bodoh untuk dipermudah-mudahkan mengikut nafsu.
Selama ratusan tahun Islam bertapak di bumi bertuah Tanah Melayu, isu-isu kerosakan umat ini tak pernah berlaku.
Adakah kerana orang zaman dulu tidak mempunyai akal?
Atau orang dulu tahap taatnya tinggi?
Antara "orang bodoh tapi mahu mengkaji" dengan "ahli taat", Allah lebih
suka dan memuji "ahli taat" sehingga manusia-manusia yang taat tanpa
soal seperti para Sahabat Nabi dipuji dalam al-quran sehingga Allah
menyebut-nyebut laungan mereka iaitu:
"Kami dengar dan kami taat."
Untuk orang jahil pula, Allah perintahkan mereka bertaqlid (mengikut) orang yang alim:
"dan tanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui."
Bukannya Allah suruh pandai-pandai buat "kajian sendiri" ke, "minda
tajdid" ke, "menimbulkan keraguan" ke, "mengkaji semula keputusan ulama
terdahulu" ke...
Sebab Allah maha tahu, jika itu yang berlaku, umat akan hancur.
Natijahnya, orang bodoh di jalanan yang tak reti alif ba ta pun akan
mengaku diri mufti dan keluarkan macam-macam fatwa berdasarkan pembacaan
di internet dan laungkan "islam itu mudah".
Bila kita suruh serahkan soal hukum hakam pada ulama, mereka melenting:
"agama bukan hak ekslusif para ulama!"
Padahal kalau ustaz-ustaz nak menyibuk pasal dunia perubatan, pasal
vaksin, pasal kebaikan susu kambing, pasal keharaman ubatan dadah dan
lain-lain, orang ramai pulak melenting:
"serahkan urusan perubatan kepada pakarnya iaitu para doktor!!! itu bukan urusan ustaz-ustaz!!!"
begitu juga kalau ustaz-ustaz menyibuk hal kejuruteraan, orang ramai akan melenting!!!
begitu juga kalau ustaz-ustaz sibuk hal kimia, masakan, biologi,
matematik dan lain-lain, orang ramai akan melenting supaya serahkan pada
ahlinya.
Tapi bila bab agama, dari sepandai-pandai manusia sampai sebodoh-bodoh manusia, semua pakat nak bagi pendapat.
Bila kita marah, mereka melenting kononnya agama itu bukan hak ekslusif ulama.
SEMURAH ITUKAH AGAMA?
Kalian menganggap agama semurah itu, maka aku khuatir sekiranya
Allah menjadi murka lalu mencabut agama yang termulia dan lebih mulia
dari yang kalian hinakan itu dari dada-dada kalian!
Allah haramkan kita semua memandai-mandai dalam hal agama. Tapi kita diperintahkan Allah untuk taat pada keputusan ahli agama.
Para ahli agama bukannya seorang, tapi ada ratusan ribuan yang telah
bersepakat dalam hal tertentu maka kita yang jahil ni perlu TAAT
bukannya pertikai.
Kalau nak pertikai jugak, Boleh!
Tapi dengan syarat, kalian mesti setaraf dengan mujtahid.
Ok, saya malas nak membebel, membuak-buak dada geram bila saban hari
melihat agama dipermainkan di zaman Dajjal sambil melaungkan slogan
"islam itu mudah"....
Sebelum datangnya zaman dajjal, kita tak
pernah dengar kecelaruan ini semua. Semuanya taat dan harmoni. Kerana
mereka taat perintah Allah iaitu "taat pada keputusan ulama". Sekarang,
bila semua nak memandai-mandai, maka bala menimpa kita satu demi satu.
Berkenaan sentuh anjing.
Apa itu najis:
"Segala kotoran yang menghalangi sahnya solat yang dikerjakan." (rujukan kitab Fathul Mu'in, bab najis)
Pembahagian najis:
Najis ada 3 jenis, mukhafafah (ringan), mutawasit (pertengahan), mughalazah (berat).
Babi dan anjing adalah termasuk dalam najis mughalazah iaitu najis BERAT.
Disisi Islam, anjing dan babi lebih kotor dan berat najisnya berbanding
darah, nanah, taik, kencing, bangkai, arak dan lain-lain najis.
Cara menyucikan:
Najis yang berat, tidak boleh disucikan secara biasa. Tapi mesti
dilakukan "sertu" iaitu basuh 7 kali dan air yang ke 7 tu perlu dicampur
tanah suci.
Berkenaan sabun sertu, saya tak tahu apa
kandungannya, kita diajar Rasulullah untuk pakai tanah bumi, bukan sabun
perisa tanah. Yang itu saya serahkan pada majlis fatwa apa keputusan
mereka, apakah sabun tu sama 100% seperti tanah bumi atau tidak.
Hukum menyentuh najis:
Ada dua keadaan yang perlu dilihat, keadaan pertama;
1) Terpaksa/mempunyai sebab.
Contohnya polis K9 pemburu yang menggunakan anjing dan terpaksa pegang anjing.
Contoh lain, doktor haiwan yang terpaksa merawat anjing/babi atau untuk
proses pembelajaran. Contoh lain, anjing yang dalam kesusahan dan kita
membantunya.
Hukum: Harus. Tapi wajib sertu selepas menyentuhnya.
2) Tidak ada sebab/suka-suka.
Contohnya sengaja memeluk anjing dan berselfie. Sengaja menyentuh tanpa
sebab seperti di acara "i want to touch dog" dan berselfie. Walaupun
dia doktor haiwan, tapi sengaja sentuh untuk selfie (bukan untuk
rawatan/pembelajaran). Dan apa-apa sahaja sentuhan yang tidak bersebab.
Hukum: Haram dan wajib sertu selepas menyentuhnya.
Dalil kitab:
"Tidak diwajibkan menyingkiri najis (dari badan) ketika di luar solat.
Hukum tidak wajib ini adalah selama mana najis itu tidak sengaja
dilumurkan pada badan atau pakaiannya. Oleh sebab itu, SENGAJA
MELUMURKAN NAJIS (samada najis ringan, pertengahan, atau berat) pada
badan adalah HARAM."
(RUJUKAN: Kitab Fathul Mu'in, Imam Zainudin Malibari, bab najis)
Ertinya:
Allah memuliakan manusia sebagai makhluk yang suci
dan Islam menitikberatkan kesucian. Anjing dan babi diciptakan Allah
sebagai ujian buat manusia untuk menguji siapa yang akan taat pada Allah
akan hal kenajisan dan keharaman untuk memakannya. Babi dan anjing
dikategorikan sebagai najis berat dan sengaja
melumurkan/meramas/memeluk/menyentuh mana-mana kategori najis secara
sengaja dan tidak bersebab, hukumnya adalah haram. Jika meramas taik
sendiri pun kita jijik dan dicela syarak (sedangkan ia najis
mutawasitah), apatah lagi kita meramas dan memeluk najis mughalazah
sambil berselfie dan berbangga?
Hal ini merupakan keputusan muktamad di dalam mazhab Syafi'e yang digunapakai di Malaysia.
Nak pertikai?
Boleh....
Dalam mazhab Syafi'e, ada ratusan ribu ulama hebat yang ribuan antara
mereka telah mencapai tahap mujtahid. Beberapa di kalangan mereka pula
telah mencapai tahap mujtahid mutlak.
Kata Imam Ahmad bin Hanbal,
untuk mencapai tahap mujtahid mutlak, anda perlu menghafal paling
kurang 400 ribu hadith secara bersanad. Belum lagi qualification yang
lain.
Sekiranya anda melepasi tahap ini, silakan buat mazhab sendiri dan suka hati andalah nak buat fatwa macam mana.
Tapi sekiranya anda sedar bahawa diri anda bodoh, sepertimana saya
sedar diri saya bodoh. Maka perintah untuk orang bodoh seperti kita
ialah taat pada ijmak (kesepakatan) ulama.
Sekiranya anda tidak
mahu lagi taat pada mazhab Syafi'e dan mahu berpindah ke mazhab lain
yang membenarkan anjing disentuh seperti mazhab Maliki, silakan....
mazhab Maliki pun ahli sunnah juga.
Tapi anda mesti amalkan
mazhab Maliki secara keseluruhan dari wudhuk, solat, najis, halal haram ,
zakat, puasa dan saya tak tahu pula di Malaysia ni ada kelas mazhab
Maliki ataupun kitab-kitab mazhab Maliki yang sudah diterjemah ke bahasa
Melayu.
Jadi anda perlu ke negara bermazhab Maliki seperti
Algeria untuk bertalaqqi ataupun anda upah tok guru dari sana untuk
mengajar anda di Malaysia.
Dan jika semua ini anda tak mahu
lakukan dan tetap mahu berselfie dengan najis sambil meramas-ramasnya
dan tunjukkan pada public seolah-olah mahu mencabar hukum Allah.
Maka ketahuilah bahawa anda adalah perosak agama yang ditipu dengan
fitnah dajjal untuk membawa ke hulu ke hilir slogan "islam itu mudah."
Anda juga telah jatuh fasik (kerana mengisytiharkan dosa secara
terang-terangan) dan tidak boleh menjadi imam solat, wali nikah, sumpah
tidak valid, tidak boleh menjadi hakim/qadhi/bendahari dan lain-lain hal
yang dilarang untuk orang fasik selagi anda tidak bertaubat.
Note: Nanti anjurkan pulak acara "i want to touch shit" (saya mahu
sentuh taik) dan canang slogan "islam itu mudah". Jangan lupa buat
tutorial macam mana nak bersihkan tangan lepas ramas taik. Its ok, najis
mutawasitah je kan....
No comments:
Post a Comment