Selalunya kita sibuk nak tahu rahsia awet muda. Mcmmana kosmetik yang kita beli sebab nak jaga aset muka. Ramai juga yang tahu sebenarnya ada cara-cara yang lagi mudah dalam Islam untuk mendapat awet muda. Yang penting kena bersihkan hati sebab kalau hati bersih, muka pun akan berseri-seri walaupun tanpa mekap.
Petua Untuk Awet Muda Cara Islam
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan
petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke
atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air
dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3
kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik
iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut
yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu
pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka
berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.
Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak
muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas.
Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah
yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian
akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 :
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali
mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 :
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada
wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah
kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil
pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu
daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah
wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air
telaga la yer.
Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak
selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan
wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di
bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan
seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan
meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan
sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan
mempercepatkan proses kedutan.
Sama-sama kita cuba petua-petua di atas ye.
3 comments:
nk kena print tepek di dinding ni, baru ingat nk buat tiap2 hari
kna tmpl kt bilik air
patutlah akk nmpk muda.hehe Insyaallah peringtan utk semua..:)
Post a Comment