Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, September 7, 2012

Jangan sibuk jaga tepi kain orang? (BM entry)

Salam,

Sudah lama saya terfikir nak tulis mengenai tajuk ni tapi macam tak berapa yakin macammana nak ulas lebih panjang. Dalam masyarakat kita, kita disuruh supaya jaga tepi kain sendiri kan. Maksudnya jangan sibuk masuk campur hal orang lain. Oleh kerana itulah walaupun banyak anak-anak jiran yang melepak atau bila kita nampak anak-anak orang lain buat kerja tak elok pun, kita diam dan tak berani nak menegur. Sudahnya, generasi sekarang makin kurang ajar dan tak menghormati orang yang lebih tua. Takpelah sebab kita boleh salahkan mak bapak budak-budak tu yang tak pandai mengajar anak kan? Macammana kalau terkena batang hidung sendiri? Adakah kita akan melenting juga bila orang kata kita tak pandai mendidik anak sendiri?

Bagi saya kalau niat kita nak menegur untuk kebaikan tu elok. Yelah, kalau kita tak tegur, kita pun sama tanggung dosa atau kita pun akan dapat kesusahan. Contohnya, kalau kita ternampak anak dara jiran membonceng motosikal dengan lelaki yang tidak dikenali, cubalah bagi nasihat sikit. Kalau dia tak nak dengar terserahlah. Contoh yang lain, anak-anak jirang bermain dengan api dekat dengan rumah kita. Kalau kita tak tegur,, silap haribulan rumah kita boleh hangus terbakar.

Dalam keluarga sendiri, kadang-kadang mak ayah kita macam dah tak boleh bagi pendapat pulak. Ada yang akan melenting bila mak sendiri bagi pendapat dalam mendidik anak-anak. Bagi saya yang masih tinggal dengan mertua, saya memang akan dengar pendapat mak mertua sebab dia dah banyak pengalaman. Tapi yelah ada yang saya pakai ada yang tak dipakai pun. Tapi depan dia, kena tunjuk kita menghormati pendapatnya. Arwah ma saya pun berlainan pendapat dari saya dulu. Oleh kerana semasa generasinya, ramai ibu yang lebih suka mencampurkan susu ibu & susu formula, arwah pernah menyarankan pada saya supaya cepat-cepat memberi susu formula pada anak sulung saya. Tapi saya mempertahankan pendirian saya dan akhirnya arwah akur dengan pendirian saya.

Kalau adik beradik sendiri pun, sebagai kakak sulung, memang saya dah terbiasa menegur adik-adik kalau ada yang tak kena. Ada juga ketikanya adik-adik saya pula menegur saya sebab ada adik-adik yang dah berkeluarga dan dah matang. Cuma bila terkena adik-adik ipar, hmmm agak susah sikit sbb yelah saya ada pernah menegur tapi ada yang berkecil hati. Sejak dari itu, saya lebih berhati-hati dan lebih banyak memerhatikan saja.

Apa pengalaman anda sendiri dalam menjaga tepi kain orang?

4 comments:

Raimanda said...

Assalamualaikum.
Pada pendapat saya, menegur silap laku orang lain bukan semata kerana kita bizibodi tapi kerana kita ambil berat. Namun begitu biarlah kena pada tempat dan waktu. Saya ada pengalaman disebabkan silap cara tegur dan salah guna bahasa, saya xbertegur dah dgn org tu hingga skrg dah masuk 6 tahun. Dia bukan tegur tp dia hamun dan hina.

transformed housewife said...

Mrs Lya: betul tu. kalau hamun & hina bukan menegur namanya.

Affieza said...

Kami yg tinggal berjiran ni pun mengalami situasi mcm tu. Sbg cth anak2 jiran main lempar2 batu pastu mak ayah diaorang xlrg pun. Ayah sy plk yg kena tegur coz kitaorg takut terpecah cermin kereta ke or kena kt tingkap rumah ke

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tgok keadaan org tue siapa. sbb bukan semua terima teguran dgn baik