Salam,
Semalam riuh jugak di FB bila kawan-kawan seronok bila dapat bonus bulan Disember dan Januari nanti. Kalau dulu saya pun pernah bekerja dengan USM, jadi secara automatik merasa jugakla bonus bila bajet dibentangkan. Sekarang tak de dahla. Bagi saya memang dah tak de rezeki dah. Sekarang kena usaha lebih kalau nak dapat rezeki lebih. Kerja dengan syarikat swasta ni, tak pernah lagi merasa apa-apa bonus. Kena potong gaji adalah bila terpaksa ambik EL bila anak sakit.
Harap-harap kawan-kawan yang dapat bonus akan meningkatkan lagi mutu kerja masing-masing. Yelah ramai yang selalu mengeluh, asyik mintak naik gaji tapi mutu perkhidmatan masih di takuk lama. Tak baguslah kalau macam tu kan. Bila orang dah bagi ganjaran tu, biarlah setimpal dengan mutu kerja kita.
Untuk yang berkerja dengan syarikat swasta, insyallah adala rezeki kita yang lain. Tak payah kita nak dengki pun sebab siapa yang nak lebih, kena berusaha lebih kan. Kalau berangan je tak sudah-sudah memang tak dela hasilnya. Macam Mat Jenin yang dah berangan jadi kaya masa tengah memenjat pokok kelapa tu. Sekali terjatuh dari pokok.
Oklah, rasa nak ulas lagi panjang tapi sekarang sibuk dengan projek terbaru. Insyallah kalau menjadi projek ni, akan saya kongsikan di sini. Doakan ye semoga projek saya akan berjaya.
7 comments:
tumpang gembiralah dgn kawan2 yg keje gomen n dpt bonus tu. tak kisahlah kak nur, keje gomen ke swasta ke masing2 ada kelebihannya...
tapi kadang2 swasta punya bonus lagi kaw2 dari gomen ni ;) Insya Allah, nanti2 dapat laa bonus nya jugak kan.
takpe kan kak, bonus atau tak, yg penting kita keje kena ikhlas :)
Izan: betul tu
Eliss: syarikat2 yg besar je selalu bg bonus. syarikat kecik2 ni susah sikit.
NIa: insyallah. Kalau ikhlas lg berkat kan.
good luck with ur new project :)
Post a Comment