Salam,
Mlm ni saya nak berkongsi sikit tentang apa yang kami buat sebelum hari pertama tadika memulakan operasi. Petang Selasa 01/01/2013, kami dan ahli keluarga terdekat yg dapat hadir untuk majlis kecil-kecilan kami, datang untuk sama-sama membaca Yaasin dan mendoakan supaya segala urusan akan berjalan lancar di tadika baru.
Sebenarnya majlis dibuat dalam keadaan yang agak tergesa-gesa kerana sehari sebelumnya kami masih lagi ada kerja-kerja terakhir menyiapkan tadika. Pagi Selasa tu pun, ada lagi barang-barang yang perlu dibeli dan diletakkan di situ. Mujurlah mak mertua saya yang menguruskan tentang makanan dan minuman untuk majlis. Beliau memasak sendiri lauk-lauk dengan pulut kuning dengan bantuan bibik.
Majlis yang bermula dari pukul 6.30 dengan bacaan Yaasin dan diikuti doa sebelum kami menjamu selera. Selesai menjamu selera, kami berjemaah solat Maghrib bersama-sama. Selesai solat Maghrib, ada yang sambung makan sambil berbual-bual. Kanak-kanak Ribena (eheh), sibuk bermain di luar bangunan. Kiranya semua seronok dapat berjumpa, makan dan bermain.
Kami sempat solat berjemaah Isyak sblm balik ke rumah. Alhamdulillah makanan pun tidaklah ada yang dibazirkan.
Ada sedikit gambar semasa majlis:
2 comments:
semoga tadika dapat beroperasi dengan baik.In Sya Allah
Eliss: In shaa Allah
Post a Comment