Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Thursday, May 20, 2010

Bahana lama tak urus hal2 kereta sendiri. (BM entry)

Salam,

Ramai yg rindu tak ni? hehhe perasan pulak. Hr ni ada cerita pasal apa yg terjadi smlm. Setelah hampir 3 thn, saya tak uruskan kereta sendiri (Kancil je), smlm dengan tak berfikir panjang, saya telah isikan air dari paip ke dalam bekas yg sepatutnya diisi air bateri! Lps tu punyalah cuba nak idupkan kereta tak idup2. Mula2 panik, lps tu masuk rumah fikir apa nak buat dan nak minta tolong dari siapa. Nasib baik, bila sms adik yg dok belajar kat Bangi, dia sanggup dtg utk tolong. Mula2 dia buat "jump-start", tak boleh. Lps tu, bila dia tanya ada isi air bateri tak? Barulah saya teringat yg saya dah tersilap besar pergi isi dgn air biasa! Mengeleng2 kepala sambil tergelak adik lelaki saya dengar. Jadi dia kosongkan bekas air bateri dan ke kedai untuk hantar bateri tadi dicaskan semula. Lama jugak dia hantar sbb dr pkl 2 pg hingga pkl 5 baru siap. Alhamdulillah, bila dia masukkan balik bateri dan isi air bateri, kereta saya dapat dihidupkan balik.

Ada sesiapa yg pernah alami situasi mcm tadi tak? Saya ni boleh dikatakan kalau bab2 kereta, selalu lps tangan je. Masa bujang selalu minta tolong abah atau adik2 lelaki. Dah kawin, minta tolong suami pulak. Patutnya ambil tahu la sikit kan pasal kereta sendiri. Ni tak, tahu isi minyak dan pandu je kereta tu. hehhehe. Sebenarnya perkara2 asas tu tahu tapi biasanya kalau ada masalah menggelabah dulu baru boleh fikir nak buat apa atau nak minta tolong dari siapa. Selalunya perkara2 asas yg perlu kita jaga ialah bateri, air bateri, "allignment", angin tayar sbb bahaya juga kalu tgh2 jn meletup dan kalau tak silap 3-4 thn sekali check "timing-belt" sbb kalau tgh2 jln putus timing belt alamatnya kereta kena tundala. Kalau yg jd ahli AAA tu bagus sbb apa2 telefon je org AAA kan.

Okay, terima kasih sbb sudi baca pengalaman saya ni. Kalau ada yg senyum sorang2 depan pc tu saya fahamla kenapa. hehehehe. MALU............

12 comments:

SJNathaniel said...

huhu..kNur..nape isi air bateri dgn air paip.alahai kak Nur..lawak,lawak..

btw,rindu knur lah..how's the girls?

Unknown said...

mestila rindu dgn kak nur..hehe, kita sekapal je ...saya pun tak tahu langsung pasal keta ni, pegang enjin lagila haram tak pernah, tapi betul juga kan, kita kena ada ilmu juga bab keta ni, susah gak kan kalau jadi macam ni

isabelle said...

hoh...is pernah dgr citer kalo call AAM tu, x membantu sgt pun...

is pun jenis x amik peduli psl keta. is mmg ada fear jadi mcm akak. tapi lebih rela jadi tukang remind "abang dah check air semua?"

hehehe. dasar pemalas!

chekna said...

sama la kak, mmg xambil tau langsung pasal kete.. tau bawak balik keje je.... smpaikan bab isi minyak keta pun hubby yg tolong uruskan.. hehehhe....

yatie chomeyl said...

mujor epik ado..semula2 mesti beringat doh la hehe

Nia said...

hihihi,..comel aje akak ni. takpe la, at least sekrg dah tau, air biasa tak leh isi dekat bateri.

Syida said...

da lama akak tak update. kita selalu tunggu n3 akak.

Tepi Sungai Batu said...

Hahahaha......tak apa......

Nadiah Sidek said...

hehe..lain kali jgn buat lg tau kak nur! :D

nurmisnan said...

salam..
kes masuk air dlm batery belum pernah tapi minya diesel yes. masa tuh aku baru le dapat lesen keta. nak cuba isi minyak sendiri. pandai sangat kereta yg guna minyal petrol aku isi diesel. gelabahhh...

call pakcik, dia tarik keta terus ke work shop dan sedut buang. kalau tak rosak der..

transformed housewife said...

ramai juga yg tak ambil berat sgt pasal kereta ye. hehehe. takpela lepas ni kita belajar sikit2 supaya tahu apa nak buat kalau ada masalah sikit2.

Jiey^Mien said...

Sama la!
Tak pernah pun amik tahu pasal Kancil Jiey tu..
Kalo ape2 ckp je, "Abg, kete cam tak best je.. Cuba tgk apa yang pautut.."
hehhehehe