Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Thursday, January 24, 2013

Maulidurrasul 1434 H: Kisah pendek di Tadika Anak Aspirasi. (BM entry)

Salam,

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Hari ni baru saya sempat nak kongsikan kisah pendek di Tadika Anak Aspirasi. Sempena ceritaMaulidurrasul, saya ambil kesempatan utk berkongsi tentang Nabi Muhammad dengan anak-anak di tadika. Memang saya sendiri yang ajar pelajaran Agama sebab mereka pun dah biasa dengan saya.

Mengajar anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun ni memang mencabar sebab daya tumpuan mereka sungguh singkat. Baru je cerita 2,3 ayat, dah ada yang tak boleh duduk di kerusi, ada yang sibuk minum dari botol air dan ada juga yang sibuk tanya macam-macam yang tak berkaitan dengan apa yang kita cerita.

Saya ada juga tunjuk beberapa gambar dan memang cerita pun saya ringkaskan supaya anak-anak tu tak bosan. Yang paling kelakar, ada yang sibuk sungguh cakap , "Saya tahu siapa Nabi Muhammad". Rupa-rupanya dia nak cakap nama dia pun ada nama Muhammad. Ada yang diam sangat sampai nampak bosan dah tunggu saya menghabiskan cerita.

Lain kali, saya kena cari lebih gambar2 dan alat bantuan mengajar yang lain rasanya. Tengah mencari-cari lagi buku-buku yang sesuai untuk digunakan mengajar Agama Islam untuk peringkat tadika ni. Ada ke yang boleh kongsikan mana-mana buku Agama Islam untuk tadika?

4 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dah lama sungguh tak jenguk sini. sibuk dgn keja baru n kesihatan yg onoff buat ila tak smpt bw.. semoga suksess dlm apa yg k.nur buat ye.. ila doakan dari jauh..aminnn

Puan Kutu said...

hehe kelakar derang ni.ada ke patut nama dia pun ada muhammad..asalkan derang have fun, wpun tumpuan mereka sekejap..pasti ada yg masuk dlm kepala otak...:)

transformed housewife said...

Ila: thanks. Semoga selamat melahirkan nanti.

transformed housewife said...

Puan Kutu: harap2 adala sikit sebanyak masuk dlm otak.