Salam,
Skrg ni setiap Jumaat saya dah asyik menonton drama bersiri "Sebenarnya saya isteri dia" di TV3. Bila tengok mestilah tengok sekali dengan anak-anak. Kadang-kadang yang susahnya, bila Fathini, anak sulung yang berumur 8 tahun tu banyak sangat soalan-soalan mencabar minda. Yelah ada beberapa adegan antara suami isteri yang walaupun memanglah tak ada apa sangat tapi perkataan-perkataan yang digunakan tu menyebabkan Fathini sibuk nak tahu apa maksudnya. Contohnya macam episod tadi (07/07/13), ada adegan diaorg bangun pagi dan si suami cakap, "Jangan lupa mandi wajib". Tiba-tiba Fathini nak tahu apa mandi wajib tu. Terpaksalah bagitahu secara ringkas tapi bukanlah secara terperinci pun lagi sebab macam tak sesuai sangat nak cerita lagi. huhu.
Susah jugak nak tengok cerita-cerita orang dewasa dengan anak-anak lebih-lebih lagi yang dah pandai berfikir dan nak tahu macam-macam. Nak cari masa diaorg dah tidur, kita pun dah mengantuk nak tengok tv. Jadi selagi tak de adegan yang melampau sangat, bolehla lagi tengok dengan anak-anak kan.
Ada yang ada masalah tak bila tengok cerita orang dewasa dengan anak-anak? Ada tak anak-anak bertanya macam-macam yang diaorg nak tahu?
6 comments:
Itu menandakan anak semakin membesar... bila anak bertanya bermakna anak sudah bersedia untuk terima jawapannya... :) cuma kena susun ayat bagi mudah bagi anak-anak faham
klu ti tgk cito ore putih, klu ado hok seksi ti suruh nazhan tutup mato. lo ni kalu ado jah cito yg ore seksi2, dio pon suruh ti tutup mato jugop hahaha
wan rohani: betul tu. cuma kdg2 jd segan pulak nk terangkan sesetengah perkara tu.
Tie: Fizah suko tutup mata n tepik kalu ado adegan2 hok pelik2 sikit. Tini ni byk tanyo.
nur, kak ijan tak sempat nak ngejarkan tv sekarang ni tapi still gak nak tengok izzue islam..kihkih... kak ijan tengok online jer citer ni tak koser nak berjawab dengan adam pun iya jugak ...hehe
http://www.acg-tube.com/sebenarnya-saya-isteri-dia-2013-episode-1/
ye la ank d pandai tnya maca soalan naik malun pening jugak nak menjawab.setakat tnya mandi wajib tu ok lg..klu cite omputih tu lg la macam2 adengan yg menggerunkan..alih siaran je terus..:)
Post a Comment