Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Saturday, August 3, 2013

Ku korbankan perasaan demi orang tua (BM Entry)



Kebanyakan orang yang akan menyambut Aidil Fitri yang tinggal beberapa hari je lagi, sudah sampai di kampung masing-masing. Ada yang akan bertolak Isnin, Selasa atau Rabu depan. Kalau diikutkan, tahun ini giliran beraya dulu di kampung saya di Kelantan. Tapi........bila difikirkan yang ayah dan ibu mertua akan kesepian di malam & pagi raya, saya korbankan perasaan saya. Mereka tak cakap apa-apa cuma dari raut wajah, saya boleh baca yang mereka sedih kalau tiada anak cucu akan bersama di malam dan pagi raya.  Saya pun rasa berat hati pulak nak meninggalkan mereka sunyi di malam & pagi raya. Suami saya anak kedua. Kakak sulung suami akan datang beraya di pagi raya sekejap sebelum beraya di rumahnya sendiri. Dia susah sikit nak duduk lama-lama sebab ada anak sulungnya yang istimewa. Anaknya tak boleh ada orang bising-bising. Adik suami pulak beraya di rumah mertuanya dulu di Muar. Adik bongsu suami, memanglah ada tapi dia belum berkahwin jadi kalau dia je ada, rumah memang tak delah meriah.

Saya kakak sulung. Ada 7 adik orang adik. Bila kami balik beraya, memang penuhla rumah pusaka arwah tok. Rumah besar yang ada 8 buah bilik tu memang penuh dengan kami yang ada 14 orang dewasa (kami 8 beradik, mak sedara & suami, ayah sedara dan isteri) dan 14 kanak-kanak. Cuma bila beraya, ada antara kami yang akan berulang alik ke rumah mertua sebab diaorg kebanyakan kawin dengan orang Kelantan juga cuma daerah je berlainan. Saya seorang je yang kawin dengan orang 'luar'(ikut panggilan oghe Kelate ye). Jadi memang kadang-kadang saya rasa saudara-mara saya tak faham situasi saya. Bukan saya harap mereka faham pun. Kalau nak ceritakan semua masalah kita, bukan orang lain boleh tolong. Cuma kadang-kadang, terkilan di hati bila waktu raya sepatutnya waktu kita bermaaf-maafan dan bergembira. Saya pula kadang-kadang rasa kecil hati dan sakit hati. Jadi, tahun ni pun mungkin ada episod yang tak diingini lagi bila saya buat keputusan drastik untuk tidak balik sebelum raya di Kelantan.

Saya cuma nak gembirakan hati orang tua dulu sebab mereka dah banyak membantu kami sekeluarga. Kami masih lagi tinggal serumah dengan mereka kerana lokasi tempat kerja kami lebih dekat dari rumah mereka. Rumah kami sendiri yang kami beli agak jauh dan kami perlu mencari kerja lain jika mahu tinggal di rumah sendiri. Keluarga saya sendiri pula, sejak arwah ma saya meninggal, kami akan pergi beraya dengan abah kami sekejap-sekejap sahaja kerana dia pun tinggal di rumah ibu tiri. Kami rasa tak berapa selesa nak bermalam di situ di tambah dengan rumah yang agak kecil untuk kami menumpang adik-beradik.

Walau apapun, saya selalu ingat pesanan arwah ma yang kita kena selalu bersangka baik dengan orang walaupun apa yang orang lain fikirkan tentang kita. Allah saja yang akan balas perbuatan-perbuatan baik kita jika niat kita ikhlas. Insha Allah.

11 comments:

ibuayu said...

Untungnya ibu mertua yang ada anak menantu sebegini..kadang2 betul kita tak payah dengar apa org kata sebab kita yg mengalami lagi tahu dr mereka

yatie chomeyl said...

meme susoh nk please sumo ore tp just do whatever u think is right

Oyis said...

saya pon asalnya dlm keadaan dilema yg sama, lbh2 lg ni raya pertama kami di msia setelah 4 thn merantau di UK. klo bole mmg nk raya di klate (walau pon umi ayah rumah di KL, tp sedara2 semua masih di klate), tp klo dh blk klate, payah nk konar mari ke muar belah suami. akhirnya, saya propose kt umi ayah saya, apa kata ank menantu dia berkumpul di rumah KL pd mlm raya dan raya 1st. lps tu mereka nk blk klate tanpa saya sekeluarga x apalah, sbb raya ke-2 dan seterusnya kami spend di muar. nmpknya mereka dan adik2 bole terima, jd tradisi baru pula, tp tu la, x bertemu nasi dagang or tupat latahun ni, uwaaaa!!!! slmt hari raya n maaf zahir btn

Wan Anie said...

Selamat hari raya Nur. Maaf sekiranya ada salah silap.

transformed housewife said...

ibuayu: mmg cuba nak abaikan je pendapat org2 lain. cuma kdg2 terasa juga di hati. huhu

transformed housewife said...

Tie: Knur niat ikhlas. Allah sajo gapo dle hati ni.

transformed housewife said...

Oyis: okla gitu. Ado solution jugok.

transformed housewife said...

Ani: selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Abam Kie said...

salam. dah lama abe kie x dtg menjengok blog ni. sabar je la..thn ni beraya umah mentua. thn dpn n tahun depan sekali lg balik beraya di kelate plak..kira double la...jgn double trouble plak. BTW, done follow gak. selamat hari raya!

Sidratul Muntaha said...

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Wa Ja’alanallahu Minal ‘Aidin Wal Faizin

pernh berada dlm situasi akak sbb kami pun ank sulung but then..
lebih kpd sepuppu and sedara mara..
sakit atikan?!
ray2 ni jgnlah buruk sangkak and jtuhkan hukum..
btw..
belah kami pun klu orang jawe kawin orang jawe and bukan sedaerah atau lain2 daerah ttp jugak digelar org luar..

Puan Kutu said...

situasi macam kaknur ni biasa berlaku..mana ada sedara mara yg akan aman damai sentiasa..Allah saja tau niat baik kak nur.jgn fikirkan sgt kata2 org lain yg buatkan hati kita terluka.

semoga niat baik akk dibalas kebaikan oleh Allah..Ameen