Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Monday, August 19, 2013

Sibuk beraya sampai suami kelaparan. (BM entry)

Ini kisah benar yang terjadi di hari raya yang lalu. Bukan nak memburuk-burukkan perempuan ini tapi saya sedih bila tengok apa yang dibuatnya. Si suami tu ahli keluarga sendiri. Bukan tahun ini saja, sebelum ni pun pernah terjadi. Tapi apa nak dikata, si suami sendiri yang 'pandai' pilih isteri tu. Memanglah bila raya, banyaklah rumah yang menjemput. Tapi takkanlah di rumah sendiri tak de makanan. Kalau dah namanya raya, sedikit sebanyak kita akan masak dulu untuk rumah sendiri kan. Ini tidak, si isteri sibuk nak keluar bertandang ke rumah saudara-maranya yang menjemput. Si suami disuruh pergi beraya ke rumah saudara-mara suami yang kebetulan juga menjemput ke rumah untuk beraya. Nasib baiklah, ramai pulak saudara-mara yang menjemput.

Mungkin saya ni yang jenis tak kan rasa kenyang bila makan di rumah orang kot. Selalunya saya akan masak sesuatu juga bila dah balik ke rumah walaupun baru pergi kenduri. Bukan nak menunjuk-nunjuk saya ni rajin, tapi mungkin atas didikan arwah ma juga saya tak boleh tengok atas meja mekan tu kosong tak de makanan. Itu yang adik-adik suka bila saya balik kampung. Satu lagi, bila memasak untuk ahli keluarga ni, rasa nikmat dan seronok tu lain bila tengok diaorang makan bertambah-tambah. Ada juga masa masakan tu kurang sedap tapi diaorang akan tetap makan dan tak banyak komen pun. Kadang-kadang ada yang akan menambah perisa lagi dalam masakan sebab saya ni memang bila masak kurang sikit garam dan gula tu. Saya tak kisah pun asalkan diaorang kenyang.

Tugas isteri hakiki memanglah bukannya memasak pun. Yang sebenar adalah melayan suami. Tapi kalau sampai suami kelaparan, memang dah salahlah kan. Kalau keluar beraya pun, buat-buat muka teballah kot, mintak lauk dari adik-beradik ke untuk bawa balik. Bolehla si suami tumpang makan.

Yang lain-lain ada nampak tak cerita yang sama masa beraya hari tu? hehe

4 comments:

wa said...

Kak, tak pernah terfikir langsung..ada jugak orang macam tu..sedihnya,:-/w

transformed housewife said...

WA: ada. sedih tgk si mangsa diperlakukan begitu.

yatie chomeyl said...

i know who is she huuhuhuh...doh suami dio syg sgt bini ....suami relo la kelaparan

Puan Kutu said...

klu suami beliau jenis tak kisah biarlah.hehe

sabo jer la..:)