Sabtu lepas kami balik ke Kelantan kerana hendak membantu Mak Ngah saya menguruskan majlis kesyukuran perkahwinan anaknya. Inilah kali pertama Mak Ngah dan Ayah Ngah saya hendak menerima menantu, jadi diaorang memang seronok dan juga bimbang. Bimbang dengan persiapan majlis yang hendak diadakan sehari selepas majlis di pihak perempuan.
Kami terlepas majlis akad nikah yang diadakan pd mlm Jumaat dan juga majlis di rumah pengantin perempuan pada hari Sabtu. Iyalah kami baru bertolak pg hari Sabtu pkl 10 pg dari Selangor. Perjalanan ke Kelantan, paling minimum 8 atau 9 jam. Kalau dengan anak-anak lagi banyak kali kena berhenti di tempat rehat dan rawat. Bila dah pukul 8 mlm barulah sampai di kampung saya di Tumpat.
Saudara-mara dah meriah kat rumah arwah tok di kampung. Bila sampai je, terus kami makan malam dan ada juga kek harijadi anak saudara saya yang baru sambut hari jadi beberapa sblm tu. Walaupun penat, kami makan juga kek dan nasi untuk alas perut.
Hari kenduri, Ahad 1 Jun, kami terbangun lambat sikit sebab masih kepenatan. Nasib baik sudah ramai yang tolong memasak dan mengemas di rumah Mak Ngah. Cuma Mak Ngah mintak saya, mak saudara sorang lg(adik dia), adik-adik perempuan saya untuk masak dan menghias lauk pauk untuk meja pengantin. Kami pun seronok dapat tugas khas walaupun bila bab hiasan sebenarnya tak berapa nak pandai. Siap bukak video-video di You Tube, belajar macam mana nak potong cili, tomato, lobak merah dan bawang untuk dibuat hiasan. Lauk yang perlu dibuat pula, Ikan Siakap 3 rasa, Udang Celup Tepung, Udang goreng mentega danCendawan goreng celup tepung. Adik-adik saya Yati & Awin tukang potong sayur-sayur untuk dibuat hiasan. Saya dan makcik saya menggoreng ikan, cendawan sebelum kami menghias. Hasilnya?
Lihatlah sendiri:
#gambar tak boleh tukar saiz sbb ada masalah dgn laptop.huhu
Rombongan pengantin perempuan sampai selepas pukul 2. Jadi penat juga menunggu pengantin. Rasanya lauk pauk dah sejuk bila pengantin mula makan. Kami siap masak pukul 12 tghr. Apapun lps ni sepupu-sepupu lain cakap nak tempah lg dari kami kalau buat majlis kawin diaorg. hehehe.
Ramai juga ahli keluarga pengantin perempuan. Jadi memang tak sempat sangat ahli keluarga sebelah pihak lelaki (sepupu saya) nak bergambar dengan pengantin. Yelah majlis kat kampung yang tak de deejay atau mak andam yang sibuk-sibuk mengarah itu dan ini. Kami pandai-pandai sendiri cari masa untuk bergambar. Dapatlah beberapa gambar ni:
#samping pengantin lelaki tu, saya yang tolong ikatkan. eh saja nak bagitahu jugak kat sini. eheh
Keesokan harinya pagi-pagi lg kami dah bertolak balik semula ke KJ. Memang tak sempat pergi membeli belah pun. Ingat nak singgah ke Wakaf Che Yeh tapi badan dah penat bila sehari suntuk tolong bagi door gift untuk tetamu dan buat itu ini. (eh macam sibuk giler). Dah susah sikit nak cuti lama-lama bila suami ada banyak kerja. Sampai tgh jln pun sibuk staf dia telefon tanya macam-macam sbb ada mesyuarat. (Mode: gerambilaorgtakretibahasaorgbercutini)
No comments:
Post a Comment