Kisah saya hanya kerana saya tak dapat nak keluar dari tempat letak kereta sebab ada orang-orang yg cetek pemikiran main letak je kereta ditempat tak sepatutnya. Diaorg ni letak kereta tempat di belakang tempat letak kereta berbayar. Dahlah tak bayar tiket lepas tu menyusahkan orang lain pulak. Kereta saya pulak kereta lama yang agak besar dan panjang. Stereng tak de power dan memang kereta manual. Yelah kereta yg dah berusia lebih 30 tahun. Toyota Corona tahun 70 an. Kalau ingat tak sayangkan kereta dan kalau ikutkan hati panas, memang nak langgar je kereta-kereta yang tak reti nak letak tempat sepatutnya tu. Dah berpeluh2 saya masuk, keluar nak cuba keluarkan kereta juga tapi tak dapat sebab memang tak lepas. Jadi saya pun tekan je hon berpuluh2 kali sampaila ada sorang pakcik datang alihkan kereta dia. Nasib baik. Saya tak cakap apa pada pakcik tu. Cuma jeling dia dan terus keluarkan kereta saya dan pergi dari situ. Kiranya malas nak panjangkan cerita.
Rasanya kalau tak de yg dtg alihkan kereta, saya akan tekan je hon sambil cuba lg keluarkan kereta. Dalam kes Cik Kiki tu, saya dah malas nak ulas. Kenapa? Semua orang akan buat silap bila tengah tertekan. Setakat mana kita buat silap tu yang bezanya. Saya pun cuba sejukkan hati sendiri walaupun rasa dah nak menyumpah seranah. Tapi rasa macam orang gila pulak menyumpah sorang-sorang. Kurang pahala puasa tu tak yah cakaplah. Memang dah habis pahala puasa kot. huhu.
Kalau kita semua bertimbang rasa, fikirkan pasal orang lain, tak akan terjadi banyak perkara buruk. Memang kita suka ikutkan hati. Masa marah memang tak ingat apa. Yang penting, keluarkan dulu kemarahan tu kan. Padahal kita dah diajar supaya mengawal kemarahan. Orang yang paling bersabar akan dapat banyak ganjaran lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni. Cakap je memang senang, tapi bila ada masalah lupa nak bersabar, lupa dosa pahala.
Ini tips mengawal kemarahan yg saya tahu.
- Beristighfar dulu. Kemudian sebutlah "Lahaulawalaquwwataillabillah".
- Kalau belum reda, ubah kedudukan. Kalau tengah berdiri, duduk. Lepas tu baring.
- Ambil wudhu' utk menyejukkan hati kalau masih terasa panas hati.
- Fikir apa yang sepatutnya dilakukan dan fikirkan perkara baik dan buruk yang akan berlaku jika kita masih marah.
3 comments:
mujur bule posa..pokcik tu x say sorry ko
pokcik tu main blah gitu je.
selain itu bole juga baca...auzubillahiminasyaitooonirajimmm...:-)
Post a Comment