Kehadapan Abg D,
Adinda menyusun jari memohon ampun sekiranya apa yang adinda hendak ucapkan ini akan melukakan hati kekanda. Lebih baik adinda berterus terang sahaja mengenai kecurangan adinda daripada kekanda tertanya-tanya apakah sebab musababnya.
Pada mulanya kita bahagia. Kekanda sememangnya hebat dan adinda tiada masalah dengan perhubungan kita. Semuanya berjalan lancar dan adinda amat bahagia sekali dengan hubungan kita. Tetapi.................semuanya sudah berubah kini.
Kini.............cinta adinda beralih arah. Adinda telah menjumpai seseorang yang lebih hebat dari kekanda. Malah boleh adinda katakan adinda lebih bahagia dengan orang baru ini- Kekanda Y. Dia ternyata banyak kelebihan berbanding kekanda.
Adinda harap kekanda D tidak kecewa dengan keputusan adinda. Adinda tidak mungkin akan berpaling lagi dari Kekanda Y. Semoga kekanda D akan menemui seseorang yg lebih baik dari adinda.
Yang Ikhlas,
Adindamu.
SILA LIHAT DI BAWAH
Eh.....................tunggu..........................
Apa yang anda fikir bila baca surat tadi. Ehehehehe.
Kekanda D dan Kekanda Y tu bukan merujuk kepada orang sebenar ye.
Sebenarnya saya dah bertukar dari satu perkhidmatan broadband kepada WIFI yang amat laju iaitu YES 4G tu. Mmg suka sangat-sangat sebab laju, murah dan bila pasang 4 buah laptop/komputer boleh guna internet. Tu je. Jangan salah faham ye.