Kehadapan Abg D,
Adinda menyusun jari memohon ampun sekiranya apa yang adinda hendak ucapkan ini akan melukakan hati kekanda. Lebih baik adinda berterus terang sahaja mengenai kecurangan adinda daripada kekanda tertanya-tanya apakah sebab musababnya.
Pada mulanya kita bahagia. Kekanda sememangnya hebat dan adinda tiada masalah dengan perhubungan kita. Semuanya berjalan lancar dan adinda amat bahagia sekali dengan hubungan kita. Tetapi.................semuanya sudah berubah kini.
Kini.............cinta adinda beralih arah. Adinda telah menjumpai seseorang yang lebih hebat dari kekanda. Malah boleh adinda katakan adinda lebih bahagia dengan orang baru ini- Kekanda Y. Dia ternyata banyak kelebihan berbanding kekanda.
Adinda harap kekanda D tidak kecewa dengan keputusan adinda. Adinda tidak mungkin akan berpaling lagi dari Kekanda Y. Semoga kekanda D akan menemui seseorang yg lebih baik dari adinda.
Yang Ikhlas,
Adindamu.
SILA LIHAT DI BAWAH
Eh.....................tunggu..........................
Apa yang anda fikir bila baca surat tadi. Ehehehehe.
Kekanda D dan Kekanda Y tu bukan merujuk kepada orang sebenar ye.
Sebenarnya saya dah bertukar dari satu perkhidmatan broadband kepada WIFI yang amat laju iaitu YES 4G tu. Mmg suka sangat-sangat sebab laju, murah dan bila pasang 4 buah laptop/komputer boleh guna internet. Tu je. Jangan salah faham ye.
12 comments:
haha..suka entri ni
koho rajin la update blog pasni sbb dh ado abg Y
dari digi kepada Yes ke tu ? saya masih setia dengan cik abe C :)
dah dpt agak,bb mmg bikin panas kadang2.slow yg amat..:)
Nur, just wondering if guna YES 4G kelajuan tu depends on location sama ka? or semua tempat boleh aje... coz I have tried banyak broadband kat rumah ni semua slow-slow....huhuhu...sedihnya.
Nadiah: saja buat entri lain sikit sbb kalau tak bosan je isinya.
Tie: harap2 koho rajinla. tapi kade2 berebut dgn budok2 ni hok nok main game Starfall.
Eliss: aah. Kalau Abg C okay takpe. ABg D tu mmg menyakitkan hati.
Puan Kutu: aah mmg bikin panas
Ica: not sure if it depends on the location. But I guess it's a lot better than broadband.
ini yg buat izan jeles ni... rasanya mau aje terminate en C... skrg ni slow yg amat...
Izan: kalau slow sgt kita nak update blog pun malas kan.
Post a Comment