- Inilah gambar terakhir aku bersama ibuku yg diambil di KLIA sebelum aku dan Fathini berangkat ke New Zealand-
Hari ini 24 Jun 2009, genap setahun pemergian arwah ibuku. Sememangnya kehilangannya amat2 ku rasai. Aku masih ingat bagaimana aku mendapat panggilan telefon dari adikku, Rafei' memberitahuku yg kami sudah kehilangan ibu tersayang. Terasa gelap duniaku seketika. Aku yg berada beribu batu dr bumi kelahiranku hanya mampu menangis semahunya. Hanya suamiku yg mampu menyabarkanku. Aku tidak boleh berfikir tentang perkara lain, selain aku mahu pulang ke Malaysia. Aku sedar yang aku tidak berpeluang untuk mengucup dahi arwah ibuku buat kali terakhir tetapi aku tetap mahu pulang melawat pusara ibuku dan berjumpa dengan ayah dan adik-adikku. Aku tahu ketika itu, adikku Yati yg ketika itu sedang belajar di Madrid, Sepanyol akan lebih terasa atas kehilangan ibu kerana dia lebih rapat dgn arwah ibu. Sangkaanku tepat apabila aku menerima panggilan telefon darinya tengah mlm tersebut. Kami sama2 tidak mampu berkata2 dan agak sebak. Aku terpaksa menguatkan perasaan kerana aku perlu memujuknya supaya bersabar.
Lima hari selepas itu, barulah aku selamat sampai di bumi kelahiranku (Tumpat, Kelantan). Kali ini kepulangan yg tidak di sangka2. Sepanjang perjalanan pulang dr Auckland-Kuala Lumpur-Kota Bharu, aku tidak henti2 memikirkan apa yg akan terjadi selepas ini. Bagaimana kami boleh meneruskan hidup tanpa ibu kami. Adik2 ku yg masih bersekolah masih memerlukan ibu dan kami yg sudah dewasa juga masih memerlukan ibu. Aku tahu ayahku mampu untuk menjaga adik2 ku tetapi sudah tentu dalam situasi yg berbeza. Pada mlm ketibaan, aku tidak boleh untuk melelapkan mata. Aku terasa yg semua ini hanyalah mimpi. Apabila aku terjaga, aku masih lg boleh berjumpa ibuku.
Keesokan harinya ak, suami dan anak2 ku melawat pusara ibuku. Kami membaca Yaasin dan berdoa agar rohnya akan termasuk dlm golongan orang2 yg beriman. Anak sulungku yg berumur 3 thn masih tidak faham kenapa kami melawat pusara ibuku. Dia masih tidak faham yg dia telah kehilangan neneknya. "Mama, kenapa kita kat sini?", ujar Fathini. "Tini, ni kubur arwah ma. Ma dah tak ada. Tini dah tak boleh jumpa dia". Aku berharap yg dia akan lebih memahami apa yg telah terjadi apabila dia lebih matang. Aku lebih terasa sebak apabila aku memandang anak keduaku. Arwah ibuku, tidak sempat mengenali Hafizah kerana dia dilahirkan di New Zealand. Arwah ibuku hanya dapat menetap gambar2 Hafizah dan mellihatnya dr webcam. Menurut saudara-maraku, arwah ibuku selalu bercerita tentang cucu keduanya pada mereka. Arwah begitu gembira dan berharap dpt berjumpa dgn cucu keduanya suatu hari kelak. :(
Adik bongsuku hanya membisu dan tidak mampu untuk bercakap. Dia yg berumur 14 tahun, begitu sedih dan terasa. Aku berjanji padanya yang aku akan menjaganya apabila aku pulang semula ke Malaysia. Aku tahu yg aku tidak boleh menggantikan tempat ibukku, tetapi sekurang-kurangnya dia ada tempat bergantung dan ada tempat untuk meluahkan perasaan. Adik-adikku yg lain sudah boleh berdikari. Aku hanya ada 2 adik perempuan dan 5 adik lelaki. Jadi, aku lebih rapat dgn adik2 perempuanku dan adik2 lelakiku seperti lelaki2 yg lain susah untuk meluahkan perasaan sedih mereka.
Tahun ini, hidup kami sudah amat berbeza. Ayahku sudah berkahwin lain. Adik2 ku yg masih bersekolah, masih di bawah jagaan ayahku. Yg sudah dewasa ada hidup2 masing2. Aku dapat melihat yg adik2 ku semakin dewasa. Begitu juga adik2 arwah ibuku. Ayah saudara bongsuku, skrg sudah mampu menjaga kilang bata peninggalan arwah datukku dan dia lebih berbahagia selepas berkahwin. Mak Ngahku selalu mengambil berat tentang kami dan Mak Cik juga sanggup menawarkan diri untuk menjaga adik2 ku yg masih bersekolah.
4 comments:
cepat sgt masa berlalu..dah setahun pon tp still raso mcm baru jah sumo ni terjadi
meme pun. boleh ingat lg semua bendo hok berlaku dulu. :(
Sedih la awak baca citer nih.. Mak kt dah lama takde, masa tu boipren sibuk nak masuk minang, emak lak ninggal. Jadi sumer tunda. Takde ati nak nikah sbb dok berdukalara. Mntak2 syurga la tempatnya untuk emak2 kita kan.. alfatihah..
Mama Adam,
Adik kita pun senasib dgn awak. Tapi dia tetap melansungkan perkahwinan sbb masa tu bakal suami dis nak melanjutkan pelajaran ke Jepun. Skrg kita hanya mampu berdoa dan kita ajar anak2 kita spy mereka jadi anak2 yg soleh.
Post a Comment