Salam,
Hari ini dah masuk 4 hari saya berpantang selepas melahirkan Husna. Nia (member blogger) ada tanya saya ikut yang mana masa berpantang ni. Jadi nak kongsikan sedikit kalau-kalau orang lain nak ikut cara berpantang separuh-separuh ni. hehe
Kenapa separuh-separuh? Saya masih percaya pada ubat-ubat dan cara tradisional yang diwarisi dari orang tua. Tapi pada masa yang sama, saya pun selalu baca juga artikel-artikel dalam perubatan moden. Jadi saya cuba gabungkan kedua-duanya.
Untuk perubatan tradisional, saya masih beli set bersalin yang ada set ubat periuk untuk mandian, ubat2 herba dan teh herba. Terima kasih pada Ummi Hanie, saya beli set bersalin HPA je kali ini. Sebelum ini saya pernah cuba set bersalin yang lain. Tapi saya tak dapat menghabiskan semua ubat2 yang ada di dalam set tu jadi saya rasa agak membazir. Saya juga ada beli set bengkung dan tungku herba semasa berkunjung ke expo di KLCC. Sekarang set bengkung tu saya pakai di siang hari kerana ada satu lagi bengkung dari HPA yang saya pakai di malam hari. Tungku herba tu pula saya amalkan sebelum mandi pagi. Segar rasa badan bila dapat bertungku sikit-sikit.
Dari segi perubatan moden, saya masih meneruskan pengambilan vitamin Obimin yang telah dibekalkan sejak mengandung. Saya juga ada mengambil vitamin Kalsium & Magnesium tambahan kerana semasa mengandung saya selalu mengalami kekejangan otot kaki, gusi berdarah dan cepat letih. Dari segi pemakanan, saya percaya pada pemakanan seimbang. Walaupun orang-orang tua melarang ibu-ibu berpantang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan semasa berpantang, saya tidak dapat mengikut nasihat tersebut. Jadi, saya pastikan saya makan beberapa jenis sayuran yang biasa saya makan kecuali sayuran yang boleh menyebabkan angin. Buah-buahan pula saya makan seperti epal dan pear.
Setakat ini memang beginilah cara saya berpantang. Sebenarnya sejak dari anak pertama lagi, arwah ma (ibu) saya pun jenis yang tidak terlalu mengikut cara tradisional. Arwah selalu menasihatkan saya supaya makan dalam kuantiti yang sederhana dan bepada-pada. Walaupun hampir setiap hari saya pernah dihidangkan dengan ikan bakar, lada hitam yang ditumbuk dan nasi putih, kadang-kadang saya akan diberikan sedikit sup sayur untuk mengelakkan sembelit. Jadi atas dasar itulah, saya percaya cara ini memang terbaik untuk saya.
Macamamana dengan yang lain-lain? Anda semua sudah tentu ada cara tersendiri juga kan?
11 comments:
berpantang selepas kelahiran mmg wajib bagi setiap ibu tak kiralah cara moden atau tradisional yang penting ibu-ibu kembali sihat dan bertenaga.
mengabungkan kedua2nya adalah yg ter-BAIK
qaseh- itulah yg sy rasa terbaik pun.
salam kak nur...
tahniah ye atas kelahiran husna. izan tak sempat nak tinggalkan komen smlm.
izan pun sbnrnya kalau berpantang lebih kurang mcm akak juga. mak izan pun jenis yg tak strict sgt bab2 pantang ni. minum air dlm kuantiti yang sepatutnya... makan buah n sayur2 tu mesti sbb nak elakkan sembelit.
nadiah pun macam kak nur juga. gabungkan kedua-duanya tapi balik malaysia nanti kena sembunyi-sembunyi la depan mak. mak hanya yakin dengan cara tradisional je.
sapo yg tulong masok food dlm pantang kali ni> bibik ko?
Saya dulupun mesti tak boleh tinggal makan sayur masa pantang sebab saya mudah sembelit. Saya makan sawi, lobak putih, brokoli, epal, orange, kurma.
Pengalaman dari ibu beranak 4. Thanks :)
Nur, selamat berpantang. Take care of yourself ya. Plenty of rest. 3 girls...ni mmg kita dah boleh jadi geng. Si husband dah jadi outnumbered la sebab ada all the girls in the house.
Post more pics of Husna when you are able to nanti ya. Take care...my friend...
saya paling tak setuju kalau orang tua larang minum air masa berpantang. seb baik emak saya bagi minum air :)
same la kita kak nur... berpantang tak strict sgt... mak hanie pun mcm tu... cuma kalau mak mentua ni mcm byk sikit pntg larangnye...
hopefully set bersalin HPA tu sesuai dgn akk ye...
Hanie: mmg sesuai HPA sbb tak byk sgt ubat2nya. senang nak guna.
Post a Comment