Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, February 12, 2013

Opps........ boleh ke salam? (BM entry)

Salam,

Semalam kami menghadiri majlis ringkas majlis merisik, meminang sekaligus bertunang sepupu suami saya. Majlis tu sempoi sangat sebab dibuat di apartment sepupu suami dan yang hadir memang ahli keluarga terdekat je. Makanan pun sedap-sedap dan memang kenyanglah.

Yang tak berapa sedapnya apabila saya tersalam dengan juru mekap bakal pengantin tu. Juru mekap dia diambil dari salon. Ada 2 orang. Sorang buat rambut, sorang lg juru mekap. Kedua-duanya mak nyah. (macam biasalah). Bila saya masuk je ke bilik nak tgk sepupu suami, 2 org tu dah sibuk2 hulur tgn. Tapi sempat jugak diaorg cakap, "Eh boleh salam ke?". Bila dah keluar suara tu, baru saya terperasan status diaorg. Mmg tak perasan sgt mula2 sbb sibuk pegang anak2 kan. Kira dah "tersalam" ler.

Setahu saya haram kalau juru mekap adalah mak nyah sbb mereka asalnya lelaki. Cuma saya tak tahu macam mana nak beritahu sepupu suami. Lgpun yelah ramai juga yg lain pun selalu ambil mak nyah jd jurumekap kan. Nak masuk campur lebih2 nanti org cakap kita penyibuk. huhu

Ada sesiapa yang pernah "tersalam" mak nyah?


9 comments:

Ummiarissa Mahdi said...

itulah...saya pun tak berapa senang bila mak nyah nak bersalam dengan kita...hukum kena jaga...kita semua tahu asal jantina dia kan...tapi tak pernah lagilah bersalam ngna diorang ni hehhehe

Fadilah Aziz said...

Kesian juga dengan golongan sebeginikan Kak Nur, krisis identiti... Tapi tulah hukum tu tetap sama la kan, memang diaorang ni make up cantik tapi hakikatnya mereka ni tetap lelaki.

Syida said...

masa kita kawin dulu, jurumekap kita nyah, takde pulak kita nak salam2 or laga2 pipi.heheheh.tapi hasil kerja nyah selalunya lebih baik dari jurumekap wanita.#myhumbleopinion

Puan Kutu said...

klu dh ter nak buat macam mana.so far sy tak pernah lg salam mereka..ter pun tak pernah..:)

transformed housewife said...

ummiarissa: akk pun mmg first time tersalam tu.

transformed housewife said...

Fadilah: mmg tak nak hina diaorg pun. cuma rasa tak sedap hati je.

transformed housewife said...

Syida: sebenarnya tak boleh ambil diaorg jd jurumekap kita.

transformed housewife said...

Puan kutu: lps ni kena lg hati2 la saya.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Mak ila mmg pntg amik jurumakeup nyah