Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Sunday, February 24, 2013

Perlu ke ada kek untuk hari lahir? (BM entry)

Salam,

Semalam 23 Feb. adalah hari lahir saya yang ke 35. Bila suami tanya, "Nak apa-apa ke?". Saya cakap, "tak perlu". Kenapa? Entahlah. Semakin berusia ni, rasa macam tak perlu nak sambut hari lahir beria-ia. Lagipun dalam Islam, mana ada sambutan hari lahir pun kan. Kek pun tak beli semalam. Kami macam biasa keluar membeli barang-barang dapur dan kemudian makan malam kat luar. Kalau beli kek pun mesti tak habis makan dan simpan lama-lama dalam peti dan lepas tu buang. Kan dah membazir tu.

Hadiah? Hadiah pun tak minta dengan suami sebab kalau nak apa-apa tak tunggu hari lahir pun. Lagipun dari tahun lepas, suami dah banyak berkorban wang ringgit untuk membantu merealisasikan impian saya untuk membuka tadika. Dah tak sampai hati nak mengada-ada mintak macam-macam lagi.

Alhamdulillah tahun ni ada banyak nikmat yang telah dikurniakan. Antaranya:
  • anak-anak tak selalu jatuh sakit.
  • tadika dah semakin ramai murid.
  • rumah kami di Nilai sudah siap.
  •  adik-adik sudah semakin pandai mengurus diri.
Sebenarnya teringin nak buat kek sendiri untuk suka-suka je. Tapi ada virus M sekarang. Entah bila nak datang angin rajin ni. hehe.

7 comments:

Affieza said...

Happy Belated Birthday K.Nur...

Affieza said...

Happy Belated Birthday K.Nur...

Jiey Mien said...

Samo la Kak Nur.. Tingin nk buak kek sdr tp pah ke lo ni x jjadi.. Hahahaha

Jiey Mien said...

Eh, tingga.. Hepi befday Kak!

AlohaMolly said...

Happy Belated BIRTHDAY~ :)

yatie chomeyl said...

gosh....i forgot 2 ish u la...sorry knur...hepi bestday, may all your dreams come true..ameen :)

Puan Kutu said...

selamat hari lahir kak..sy pun tak pernah mitak kek n hadiah time birthday.cukuplah ucapan dr en suami..:)