Salam,
Pagi tadi saya terkejut mendengar cerita seorang ibu yang diragut di tepi pagar sekolah ketika menghantar anak. Pembantu saya di tadika (tadika hanya di sebelah sekolah rendah) yang mendengar jeritan ibu tersebut yang menceritakan kejadian yang berlaku pagi tadi lebih kurang pukul 7 pagi. Ibu tersebut baru sahaja keluar dari kereta dengan memegang beg tangan di sebelah dan sebelah tangan lagi memegang tangan anaknya. Sewaktu kejadian, tiada ibu bapa lain ketika itu kerana lorong di tepi pagar sekolah adalah lorong yang agak sunyi. Pagar sekolah tersebut sebenarnya hanya dikhaskan untuk guru-guru sekolah tersebut untuk masuk dan meletakkan kenderaan mereka.
Peragut bertindak merampas beg tangan ibu tersebut sehingga putus tali beg dan kemudian menolak anaknya sehingga terjatuh. Kanak-kanak tersebut menjerit dan menangis. Pembantu saya tidak dapat menolong kerana ketika dia sampai peragut sudah melarikan diri. Ibu tersebut kehilangan wang sebanyak RM500 dan beberapa barangan peribadi.
Peringatan untuk diri sendiri dan yang membaca entri ini:
Kejadian ragut ni memang selalunya cepat saja berlaku dan kita tak sempat berbuat apa-apa. Apa yang boleh kita buat ialah sentiasa berhati-hati dan elakkan dari menggunakan jalan yang sunyi dan menjadikan diri anda sebagai sasaran peragut. Kita berusaha untuk mengelakkan dan kemudian kita bertawakallah kepada Allah supaya sentiasa memelihara kita dari kejadian-kejadian yang tidak diingini.
3 comments:
thanks for sharing kak nur. mcm2 cara org nk meragut ni. desperate mmg ape pun sanggup buat. nasib baik budak tu xape2. byk je kisah org kena ragut sampai hilang nyawa. moga Allah lindungi kita semua.
oo kat skoloh tepi tadika tu ko isk3x bahayo tu
ya rabbi... kesiannya mak dan anak tu. Alhamdulillah xde yg tercedera. ni yg rasa nak pakai beg mcm beg skolah. org nka ragut pon xselera,hehe
Post a Comment