Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Friday, March 1, 2013

(Lahad Datu) Kibarkan Jalur Gemilang!


Kepada pembaca dan rakan-rakan cyber laman blog isteri saya, Nuradyani. Saya, Ariff, suami kepada Nuradyani tergerak untuk meminjam blog isteri saya buat seketika. Pada hari ini, sekurang-kurangnya dua perajurit Malaysia terbunuh di Lahad Datu semasa mempertahankan kedaulatan negara dari serangan LANUN Filipina yang kononnya keturunan "Sultan" Sulu.

Saya telah cari BENDERA MALAYSIA yang disimpan selepas hari Merdeka dan telah pasangkan di halaman rumah sebagai tanda sokongan kepada Angkatan Tentera Malaysia dan PDRM yang berjuang di Lahad Datu. Memang kita seharusnya bertenang dan jangan ambil tindakan tergopoh-gapah jadi ini cara saya menyokong perajurit negara. Mungkin nampak macam remeh, tapi ini saja yang saya mampu sebagai orang awam.

Ya, Allah peliharalah keselamatan dan nyawa perajurit negara. Lindungi mereka yang menegakkan kedaulatan negara. Berikan kemenangan kepada pasukan keselamatan negara. Kurniakan kepada keluarga perajurit yang terkorban kesabaran dan keteguhan untuk melalui dugaan mu. Pulihkan anggota Polis yang tercedera diserang pengganas. Amin.

2 comments:

Lizan said...

Amin....

Unknown said...

Al-Fatihah...Sedih dengan kejadian ni...moga Allah melindungi perajurit yg masih berjuang