Semalam saya menjenguk ke rumah jiran terdekat kami untuk memberi sedikit kek pisang yang saya buat dan sehelai baju sejuk yang saya tidak gunakan sangat. Jiran kami tu bernama "Fredda". Umurnya sudah lebih 80 tahun. (saya tak pasti umur sebenar tapi mmg sudah agak lanjut usia). Beliau tinggal seorang diri kerana suaminya sudah lama juga meninggal dunia dan beliau tidak mempunyai anak. Kami memang selalu juga menjenguk beliau di rumahnya.
Fredda sudah maklum tentang kepulangan kami ke Malaysia Jumaat depan. Jadi, sewaktu saya berjumpa dengannya, beliau memberikan sedikit cenderamata untuk anak2 saya. Beliau nampak sayu kerana bakal kehilangan kami sebagai jirannya. Saya juga terharu dengan pemberiannya. Saya juga merasa sedih kerana terpaksa meninggalkannya. Beliau mengingatkan saya pada allahyarhamah moyang saya dan nenek saya (sebelah allahyarhamah ibu). Beliau selalu juga memberikan kami lemon dari pokok yg ditanam sendiri dan juga rhubarbs.
Kalau dengan allahyarhamah nenek dan moyang saya dulu, saya suka mengorek cerita zaman2 dulu. Moyang saya yang kami panggil "Mok Esoh" pula terkenal sebagai guru mengaji. Setiap bulan Mok Esoh akan mendapat gaji bulanan dari Jabatan Agama kerana mengajar kanak2 dan juga orang2 dewasa mengaji Al-Quran. Cara Mok Esoh mengajar mengaji pula memang menakutkan kerana di tangannya mesti ada rotan panjang. Pendek kata, semua anak2 murid takut dan memang cepat saja kami pandai mengaji. Mok Esoh juga suka mengajar cicit2nya tentang Sifat-sifat 20 dan beberapa perkara lain. Kami kehilangannya sewaktu saya berumur 16 tahun dan Mok Esoh ketika itu berumur 89 tahun (tak pasti sgt sbb org2 zaman dulu tak de rekod sebenar tarikh lahir). (tahun 1994)
Allahyarhamah nenek saya pula yang bernama "Che' Supiah", seorang yang amat pintar dalam matematik. Nenek saya juga pandai membaca rumi dan jawi dan juga beberapa perkataan Bahasa Inggeris. Allaryarham datuk saya dapat menbangunkan bisnes dengan pertolongan nenek saya. Saya suka mendengar cerita2 zaman dulu dan kisah2 allahyarhamah mak saya dan makcik2 yang lain. Banyak juga perkara yang saya pelajari dari nenek saya. Nenek saya ini meninggal dunia sewaktu saya di tahun kedua di UKM. (tahun 2000)
Sekarang saya hanya ada seorang lagi nenek yang masih hidup. Nenek saya (sebelah abah)yang kami panggil "Mek Delima" (sbb beliau tinggal di Kg. Delima). Beliau sekarang tinggal seorang diri di rumahnya selepas kematian datuk saya tahun lepas. Beliau tidak mahu menyusahkan anak2nya walaupun abah saya dan pakcik & makcik2 saya semua mengajak beliau tinggal dengan mereka. Saya selalu juga menemankannya sewaktu saya masih bujang dulu. Apabila sudah mula bekerja, saya ada juga menghulurkan wang kerana ingin membalas jasanya. Saya tidak sabar untuk pulang bertemunya nanti.
Gambar bersama nenek saya dan adik bongsu yang diambil pada tahun 2008.(kami pulang seminggu slps kehilangan mak saya)
Kenapa saya membebel panjang hari ini? Saya hanya ingin kita semua menghargai orang2 tua di sekeliling kita kerana banyak yang kita boleh belajar dari mereka. Mereka kan "makan garam dulu" dari kita. Jadi tentu banyak nasihat2 berguna dari mereka. Kita tak akan rugi berbuat baik pada orang2 tua kerana untuk kita yang dah ada anak2 ni, kita sebenarnya mendidik anak2 supaya menghargai kita apabila kita tua nanti. Saya selalu ingat pesan allahyarhamah mak saya supaya sentiasa berbuat baik pada orang2 tua dan juga pada semua orang.
Apa yang anda fikir tentang tajuk ni? Anda semua masih ada datuk dan nenek? Kalau ada, selalulah jenguk2 dan bertanya khabar. Kenalkan anak2 pada moyang2 mereka supaya mereka tahu asal usul mereka.
17 comments:
kesiannya fredda tu kak. dia duduk sorg2 aje la ye? larat lg ke dia masak & buat kerja2 lain kat rmh tu?
saya tak pernah jumpa dgn nenek sendiri, sekrang ada nenek sebelah hubby je..sy cukup kagum dgn nenek coz dia still kuat lagi walau di usia 80++, masih boleh buat kuih untuk meniaga walau anak2nya dah tak bg, sembahyang terawih tak pernah tinggal..yang paling seronok suka bercerita(walau kekadang x phm apa dia ckp sebab loghat pahang kuat sgt)
blk bru ni mek negpek ko t dgn solah, bilo nk kijo..bilo nok make jaso? muahahaha
nti kelik pahni leh la kami bui mek "make jaso" kami jugop, mugo dh kijo jugop hhuhuhhuu
missed my grandma, al fatihah to her.
(sedih mode)
Nadiah, Fredda tu kuat juga lg. Dia tak masak sendiri sbb ada org hantar mknan pd dia. "Meals on wheels".
Fadilah, org2 tua suka berceritakan. kita dengar jelah. layan diaorg.
Ti, insya allah mek bulih make jaso nanti.
syida, Al-fatihah to ur late grandma.
saya tak sempat nak bermanja dengan nenek sebab nenk meninggal sewaktu saya dalam kandungan ibu 7 bulan, kalu tak mesti saya dah duk ngan nenek sbb mak pernah citer yg nenek nak jaga saya... tu yg mak ckp saya ikut nenek.
thanks for this little reminder, kak nur.
ni yg buat nk call tokcik jap lagik ni. ;)
Aku pun rindu kat arwah nenek aku... Betul la cakap akak, hargailah mereka sementara mereka masih ada...
Anie, nak buat mcmmana. kalau ada tok2 sedara, kira bolehla anggap mereka mcm tok/nenek kita.
syigim, telefon tok cik Syigim tu. diaorg dpt dengar suara kita je pun dah bahagia.
Aisyah Hani, org2 tua ni banyak nasihat mereka yg kita perlu ikut.
N3 touching... Terus teringat to atok & nenek both blah my parents.. tak sempat jumpa cicit2 mereka... Alfatihah.
entry ni mmg bagus. paling2 kalau rindu dekat org yg tersayang ni...elok kita amalkan sedekah alfatihah each time after solat to our parents & family yg jauh lebih tua dari kita...sebab adanya mrk lah, lahirnya kita kan...
kak..saya teringat arwah tok & wan baca entry knur ni..kalaulah bulih diulang masa,saya takmo nakal2 dh mcm dulu..dulu,asal tok mai umah je lari masuk bilik sbb tak suke dgr die berleter.tapi bile arwah dah takde,leteran dia jugaklah yg paling dirindui...huhu
momma mia, sedekahkan al-fatihah dan yaasin utk mereka.
Ica, betul tu. tanpa mereka kita takkan lahir.
Diyana, sedekahkan ayat2 al-quran jika rindu.
kakyong masa kecil dibela opah & onyang (belah mak), arwah atok boh side meninggal sblm kakyong lahir.. tp la ni semua tok/opah belah mak & ayah dah tiada.. yg ade tok sedara..
memang rindu sgt bila tingatkan arwah onyang & opah.. walau masa kecik masa tu (belm sek pun lagi) tp byk yg dpt belajor.. dok kg kan..
sy pun banyak belajar dr nenek dan moyang saya.
dengan orang tua-tua ni kena byk bersabar.
aah Nia. nanti kita pun semakin tua, anak2 pula kena bersabar dgn kita.
Post a Comment