Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Sunday, April 14, 2013

Bibik Percuma! (BM entry)

Selalunya hari Ahad ni malas nak buat entri sebab nak bermalas-malasan dengan anak-anak. Tapi hari ni saje je nak kongsikan rahsia menarik yang mesti ramai yang suka terutama ibu-ibu yang bekerjaya.

Apa rahsianya?

Rahsia nak dapatkan BIBIK PERCUMA!

Eh, biar betul!

Betul ni bukan main-main. Bukan susah pun dan tak perlu modal beribu-ribu dan tak perlu bayar ejen (yang selalunya cekik darah dan banyak menipu).

Macammana?

  • Buat jadual untuk anak-anak (yang dah boleh diharapkan) untuk buat tugas-tugas mudah seperti mengemas mainan sendiri, meletakkan baju kotor ke dalam bakul pakaian kotor atau lebih baik terus ke mesin basuh.
  • Rancang menu untuk 5 hari dan potong siap-siap ayam/daging, sayuran dan bawang yang perlu. Bila balik dari tempat kerja hanya perlu campurkan bahan-bahan je.
  • Minta suami jaga anak-anak waktu sibuk memasak di dapur atau biarkan anak-anak bermain di depan tv seketika.
  • Ajar anak-anak mengambil pinggan/mangkuk sebelum makan dan mengangkat ke sinki selepas makan. Kalau takut pinggan pecah, bagi anak-anak kecil pinggan plastik je.
  • Biasakan untuk tidak merasa cepat tertekan melihat rumah bersepah-sepah kerana kalau tertekan sangat sampai anak-anak tak boleh nak main dalam rumah sendiri pun susah jugak. Cari je masa hujung minggu untuk mengemas di almari-almari atau kabinet tertentu dan baju-baju yang belum berlipat tu, masukkan je dalam kotak bertutup dulu sebelum dilipat dengan kemas dan dimasukkan ke dalam almari baju.
  • Kalau malas nak menyapu, guna je alat penyedut hampagas untuk membesihkan rumah. Lagi senang kerja sebab tak perlu guna penyodok dan cepat dapat membersihkan habuk. 

Pernah tak cuba buat apa yang saya bagitahu tadi? Kalau pernah, maknanya memang kita dah tak perlu bibik lagi. Anak-anak pun lebih berdisplin bila kita selalu bagi tugas untuk membantu kita. Macam saya sekarang dah bertambah sorang lagi BIBIK PERCUMA ni. Nak tengok?

Husna tengah 'mengemas' tisu

Mengemas baju-baju Kak Long Tini

Ermm wanginya. Pandai mama basuh. 

Baru 10 bulan dah rajin sangat. Pantang senyap-senyap je ada la kerja yang dia buat. Bila dilarang, dah pandai buat muka merajuk dan pura-pura mengangis. Jadi, biarkan saja sampai dia dah penat baru dikemaskan semula tempat yang disepahkan. Nasib dah tak meroyan sangat sekarang bila tengok sepah-sepah ni. Bila ada masa baru kemas kalau tak, biarkan dulu sampai suami mula bising dan minta tolong dia kemaskan juga. Yelah, anak-anak dia jugak yang sepahkan. 

Jadi jom semua kita pakat-pakat ajar anak-anak supaya jadi lagi rajin untuk memudahkan kita dan juga untuk kebaikan anak-anak kita bila mereka dah dewasa nanti.



5 comments:

Wan Anie said...

Bagus tips yang diberikan, dalam tak sedar rupanya saya memang ada 'bibik' ini di rumah... emmm sudah tak perlukan maid lagi :)

Puan Kutu said...

sendiri jadi bibik namanya nie kan..:)

comel betul husna nie.bab mengemas mmg serah kt anak2..mujur la aiman dh beso,bab mengemas semua mmg dh boleh diharap.makan pun pandai kemas sendiri.

yg coming soon ni tak tau la peelnya macam mana pulak..:)

Mama Zharfan said...

my hubby rajin tlg kemas umah :) syukur sgt2 :)

yatie chomeyl said...

mari la umoh cik ti husna, tulong nyipe brg2 byk ni hehe

Qaseh Suhaida said...

Bagus bagi2 kerja dpt juga mendidik anak buat keje rumah dr Kecik2 lagi.