Dua hari lepas, kami terima berita tentang kematian Tok Mat iaitu atok kepada suami saya yang tinggal di Kg Kepayang, Ipoh. Kami terima berita waktu tghr dan kami semua masih sibuk di tempat kerja masing-masing. Mak mertua (arwah adalah ayah mak mertua) bergegas pulang dari KPJ, Nilai. Ayah mertua pun turut pulang dari pejabatnya. Adik ipar dan isterinya juga segera pulang ke rumah untuk bertolak ke Ipoh. Hanya suami saya yang tidak dapat pulang segera kerana ada mesyuarat penting yang tidak dapat dielakkan. Yang lain-lain bertolak ke Ipoh selepas pukul 4 petang. Hanya kami yg bertolak selepas pukul 6 petang.
Saudara-mara di Ipoh memang terlalu cepat menguruskan pengebumian arwah. Hanya mak mertua dan ayah mertua saya yang dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Kami yang lain-lain ni, tidak sempat. Suami saya agak terkilan tapi apa nak buat. Kami hanya dapat sama-sama bertahlil pada malam itu dan selepas berehat seketika sebelum pulang semula ke KJ keesokannya.
Al-fatihah untuk Tok Mat (Muhamad b. Mahmud). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
1 comment:
takziah dari saya.semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin
Post a Comment