FULL VERSION BY DR MAZA
Kalian Rampas Subsidi kami, entah kemana di bawa lariKalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju,
Kalian Kata: Jika tidak, semua menderita, habis harta Negara…
Kalian berbahasa:Bukan Barang Naik Harga…
Cuma sabsidi turun sahaja…….
Kami orang Desa,mungkin tidak pandai kira juta-juta….
Kami orang kecil kota, mungkin tidak sedemikian harta….
Jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu….
Tapi dapatkah kami dobohongi, tentang Suapan Saban Hari???
Apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah…..??
Papa semakin parah…wang semakin lelah??
Jika semalam berlauk, hari ini Cuma berkuah…
Kerana kerajaan kita sedang susah???
Maka Subsidi kita terpakasa diserah….
Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh..
Kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh…
Apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke Madrasah..??
Makananmu sayang, sebahangiannya sudah hilang…..
Jika mereka Tanya siapa yang membawa lari…
Kepada siapa patut kami tuding jari??
Janganlah nanti mereka membenci pertiwi….
Akibat mencuri harta rakyat mahrean ini….
Atau kami jadi insan curang…
Kami beritahu: Cuma sabsidi sahaja yang kurang??
Tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang….
Dengar Sini wahai yang tidak memijak bumi!
Pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami…
Pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati…
Kami yang semput bagai melukut di kota kedekut…
Kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin tersiksa…
Bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja….
Pernahkah kau merasa???
Rumah bocor yang lanjut Usia
Baju dan kasut anak yang koyak,
Tinggal dalam rumah yang berasak-asak…
Siang kami sebak, malam kami sesak….
Sedangkan kalian manusia angkasa…
Istana permata dibina,kereta berjuta dirasa,
Elaun diserata, dari isteri sehingga seluruh keluarga…..
Hidangan yang teristimewa, konon meraya kemakmuran Negara…
Tapi kami masih di sini…di teratak ini…dengan lauk semalam…
Dengan hidangan yang tidak bertalam…dengan rumah yang suram…
Dengan wang yang hamper padam…
Tiada Istana lawa..tiada kereta berharga…
Tiada layanan diraja..tiada berbaju bergaya…
Tiada kediaman menteri..tiada hidangan V.I.P…
Tiada persen disana sini…tiada bahagian anak dan bini…
Tiba-tiba kalian kata : kamilah beban Negara..
Aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
Kalian yang belasah.. kami yang bersalah..
Kalian buat untung..hutang kami tanggung..
Kalian mewah melimpah.. kami susah parah..
Kalian hilangkan wang…poket kami yang terbang…
Kalian makan Isi, kami dijadikan abdi…
Kembalilah kepada kami harta Negara…
Jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

2 comments:
no comment.hehe
mmg terasa terutama yg travel hari2,org2 kmpg yg ssh, golongan penduduk bandar yg berpendapatan rendah n so on
nasib badan huhuhu
Post a Comment