Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Wednesday, June 17, 2009

Nak buat burger patties sendiri?


Kali ini saya ingin berkongsi satu resipi mudah yang boleh menjimatkan belanja di waktu ekonomi yang tak menentu sekarang ni. Sebenarnya saya terpaksa berfikir macam mana nak menjimatkan belanja kerana kami bergantung sepenuhnya dengan duit biasiswa suami saya. Jika dulu sewaktu kami di Malaysia, saya memanglah agak malas untuk memasak. (yelah nak makan apa pun beli je kat kedai. mentang2 ada duit gaji sendiri). Sejak datang ke Hamilton, New Zealand ni (sejak awal tahun 2007), saya terpaksa belajar2 memasak dan bertanyakan resipi dari org2 yg mahir memasak.
Okaylah sekarang saya nak bagitahu macammana nak buat burger patties sendiri.
Bahan-bahannya:
1) 1/2 kg daging hancur (minced meat- kalau suka lamb, beli lamb dan kalau ada daging ayam pun boleh)

2) 1 atau 2 biji telur (ini bergantung kerana jika anda rasa daging tidak melekat elok, anda perlu 2 biji telur)

3) Breadcrumbs (serbuk roti)

4) sedikit lada hitam

5) sedikit sos tomato/sos BBQ

6) sedikit garam

7) jika anda suka, boleh tambahkan sedikit dried mixed herbs.

Cara-caranya senang sangat2. Hanya pecah telur ke dalam bekas yang berisi daging hancur. Kemudian campurkan lada hitam, daging, sos tomato, mixed herbs dan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan breadcrumbs. Selepas itu, bolehlah dibentukkan menjadi daging burger dengan mengambil sedikit dan bentukkan di atas tapak tangan anda. Kalau dilihat pada gambar di atas, bentuk daging burger saya tidaklah sempurna. (yelah amatuer punya kerja. :P). Seelok-eloknya daging ini di simpan semalaman di bahagian sejuk beku. Anda boleh menggunkannya keesokan hari. Selamat mencuba. :D

6 comments:

LITTLE DEWA said...

tq!!!!!!!!!!!
kite ni dh terbalik plak, dulu kt msia saya suke masak... mai sini, langsung x penah masak. heeeee... jgn balik msia nnt sgala skill memasak pon ilang, naya!

transformed housewife said...

little dewa,
dok mana la ni? harap2 balik Msia nanti saya akan rajin masak lg. nantila saya kongsi lg resipi2 mudah yg selalu saya buat.

LITTLE DEWA said...

nurad
littledewa tu saya lah... awie :)

~*as*~ said...

salam nur,
beshnya wat burger sendiri..akak pun nak wat la..
nyum2..

transformed housewife said...

laa. Ko ke little dewa tu Awie.

Sidratul Muntaha said...

klu ayu tak letak telur..
ltkm 5 spices and roti terus.
breadcrumb mahey