salam,
Hr ni sy baru ada masa nak cerita sikit apa yg terjadi hr Ahd lps. Alkisahnya, suami sy menolong papanya (bapa mertua sy) membersihkan dan mengangkat dahan2 pokok yg baru ditegang di blkg kwsn rumah. Dlm sibuk2 dia menarik dahan2 pokok tu, tanpa disengajakan, salah satu ranting kecil telah mengguris mata kanan suami sy. Pada mulanya, dia ingatkan mungkin matanya dimasuki habuk. Jadi, setelah selesai membersihkan laman, dia membasuh matanya dgn air biasa. Malangnya, selepas dibasuh dan dia cuba melelapkan mata beberapa jam, dia masih merasa tidak selesa. Jadi, lebih kurang pkl 3.30 ptg, kami ke klinik berhampiran. Kami terlupa yg pd hari Ahd, klinik ditutup slps pkl 2. Terpaksalah kami keluar semula pada pkl 6 utk berjumpa doktor.
Sewaktu berjumpa dgn doktor di salah sebuah klinik berhampiran rumah, doktor tersebut menasihatkan agar suami sy segera ke hospital. Doktor tersebut telah menulis surat menyatakapaan keadaan suami. Doktor tersebut sebenarnya tidak dapat memeriksa mata suami sy oleh kerana ketiadaaan alat yg sesuai. Jika hanya menggunakan lampu suluh, susah utk nampak apa2 yg tak kena.
Selepas kami pulang semula ke rumah, kami berkira2 dan berfikir handak ke hospital mana. Hospital yg tedekat ialah PPUM. Mak mertua sy menyarankan Hospital Serdang oleh krn suami sy adalah kakitgn UPM. Sesudah smghyg maghrib, kami membuat keputusan utk ke PPUM. Sy sekali lg perlu memandu kereta kerana mata suami yg jd agak kabur dan semakin teruk slps beberapa jam terluka.
Apabila sampai di PPUM, kami agak keliru sewaktu hendak mencari tempat letak kereta dan juga bhgn kecemasan. Waktu itu juga hujan renyai2. Terasa romantik pula bila berjln berdua2 dan berkongsi satu payung. Hehehe. ( tah apa2 la, suami sakit pikir romantik pulak. hehehe). Selepas pendaftaran, (suami hanya perlu menunjukkan surat akuan dr UPM yg ada di dlm kad kesihatannya), kami pun menunggu di luar wad kecemasan. Oleh kerana kes suami sy dianggap kurang serius, kami perlu menunggu lebih kurang 1 jam lebih sblm dpt berjumpa doktor. Doktor yg bertugas pula tidak pasti dgn kecedaraan sebenar dan telah memanggil doktor pakar mata yg bertugas mlm.
Hanya doktor pakar mata dpt memeriksa keadaan sebenar dan doktor tersebut telah menggunakan alat laser utk memeriksa kecederaan dlm mata kanan suami sy. Doktor tersebut telah menyuruh sy melihat sendiri di mana kecederaan kecil di dlm mata suami. Walaupun itu hanya kecederaan kecil, menurut doktor, jika kami tidak segera dtg ke hospital, kemungkinan besar luka tersebut boleh berjangkit dan mungkin boleh menyebabkan kebutaan. (nauzubillah- seram sejuk sy dengar bila doktor tersebut berkata begitu). Suami sy pula mengatakan di dlm bidang kerjanya, dia perlu menggunakan matanya utk memeriksa kuman2 atau mikrob2 di bawah teleskop. Jadi, kami pulang lebih kurang pkl 11.30 mlm dgn dibekalkan ubat2 yg mata yg tertentu. Suami sy juga diberikan janji temu seterusnya utk pemeriksaan lanjut.
Kenapa sy ingin berkongsi cerita ini? Seperti di dlm tajuk di atas, ini bukan iklan Permata Hijrah yg selalu keluar di TV3 tu ye. Kan di dlm iklan , "Mata adalah anugerah yg tidak ternilai. Jadi sayangilah mata anda". Ini hanya perkongsian kisah benar (bukan rekaan tau). Kdg2 kita ambil mudah jika terjadi apa2 kes kecil atau kecederaan kecil di rumah kan. Sy bukan mengata org lain sbb sy sendiri pun mmg ambil mudah jika hanya sakit sikit2 dan rasa malas nak berjumpa doktor. Kalau kes2 yg melibatkan organ2 deria yg penting, sy rasa kita perlu segera berjumpa doktor. Bukan apa, kalau dah melarat sampai ada jaangkitan kuman, doktor pun dah tak tahu mcmmana nak buat melainkan perlu dibuat pembedahan. Sy kalau bab2 pembedahan mmg takut. Anda pula mcmmana?