Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Thursday, July 8, 2010

Mengapa airmataku tumpah smlm......(BM Entry)

Salam,

Smlm buat pertama kalinya setelah bertahun2 mengajar, airmataku tumpah dek kerana pelajar2 yg kurang ajar dan kurang asam boi! Apa yg terjadi? Alkisahnya, mereka telah pergi mengadu kepada bosku. Mereka mendakwa yg mereka tidak dapat faham apa2 pun apa yg aku telah ajar utk 3 hr. Mereka meminta supaya ditukarkan dgn guru lain. Nasib baiklah bosku ni jenis yg tak mudah mendengar apa2 tuduhan tanpa menyiasat dulu. Jd, tghr smlm, mereka diminta oleh bosku utk bersemuka dgn ku dan org kanan bosku utk mendengar apakah perkara2 yg buat mereka tk puas hati. Aku tak takut pun sbb aku tahu aku dah cuba sebaik mungkin utk mengajar diaorg. Mereka membuat pelbagai dakwaan palsu dan aku dpt menepis tuduhan2 mereka. Sblm perbincangan berakhir, org kanan bosku meminta spy mereka memberi peluang kpd ku utk cuba mengajar lg. (hr ni).

Aku masih lg dpt mengawal perasaan  slps perbincangan tu dan masuk ke kelas seterusnya dgn berlagak seperti biasa. Tapi sebaik shj kelas seterusnya berakhir, aku sudah tak dpt mengawal perasaan. Tanpa diminta2 airmataku mengalir laju. Apabila aku masuk ke bilik guru, kwn2 seperti biasa bertanaya tentang pelajar2. Aku tidak dpt menjawab pertanyaan mereka. Aku hanya mampu bertenang slps 10 minit dan bercerita tentang apa yg terjadi. Kwn2 ku mengatakan yg itu adalah perkara biasa skrg. Pelajar2 yg tidak puas hati akan terus mengadu kpd bos. Mereka juga pernah terkena dan mereka menasihatkan agar aku tabah dan kuat semangat. Selalunya hanya seorang dua yg tidak puas hati tetapi mereka akan mengatakan yg kesemua pelajar tidak puas hati.

Pg ini, aku masuk ke kelas tersebut seperti biasa dan aku sengaja tidak bercakap apa2 pun tentang kejadian smlm. Di akhir kelas, salah seorang pelajar (sebenarnya yg nilah ketua yg mengajak kwn2nya mengadu) telah dtg kepadaku dan meminta maaf atas kejadiann smlm. Aku yg masih lg terguris hanya mampu mengangguk tanpa berkata apa2. Hr ni, mereka semua berkata yg mereka faham apa yg perlu mereka buat utk subjek "Writing".Bg aku, susah juga utk aku menerima maaf mereka krn perbuatan mereka yg telah mencemar nama baikku di depa bosku. Skrg ni aku hanya mengajar mereka krn aku hanya inginkan gaji. Tapi keberkatan ilmu yg aku ajar tu, rasanya dah hilang. Tak tahulah. Kalau yg membaca luahan hati ni, apa yg anda fikir? Kalau anda di tempatku, apa yg anda akan buat?

18 comments:

Syida said...

kita kena banyak bersabar kak.pelajar yg mcm ni mmg sentiasa ada kat mana2.yg penting niat kita ikhlas nak mengajar, Allah tahu yg tu.

SJNathaniel said...

kesian kak Nur,..bnyak bsabar ya..terus kuatkan semangat

E-na Zarina said...

Salam nur...
terkejut, geram, sedih, nak marah semua bercampur gaul bila baca n3 ni...u kena kuat menghadapi kerenah students skrg, ..buat je keje kita cam biasa selagi tidak melnggar etika perguruan...sabar ye...

pssstt : ngajar kat ner?

E-na Zarina said...

hihiii sorry...baru baca n3 sebelum ni...dah terjawab my question tadi... oooo adult students...ermmmmm lagi susah kan...dahlah multiraces...moga dipermudahkan segala urusan..;-)

Wan Anie said...

cerita nur ni mengingatkan saya kisah duka saya ketika mengajar di sekolah swasta beberapa tahun dulu waktu tu fresh graduate, masa tu perjumpaan pibg... bayangkan di dalam dewan, seorg bapa menyebut nama saya dan berkata anaknya cakap dia tak faham apa yg saya ajar dan anaknya dpt markah rendah dlm add math.

panjang pulak nak cerita... nanti saya masukkan dalam entry, boleh share...

inilah dugaan sebagai pendidik nur... sabar dan bertenanglah

kalau boleh maafkan pelajar itu jika dia sudah betul2 menyesal dgn perbuatannya.... kesian ilmu nanti x berkat pula...

InsyaAllah Allah akan bersihkan hati kita jika kita maafkan org lain...

Nadiah Sidek said...

mmg susah kan mengajar zaman skrg ni. kena byk bersabar dgn budak2 yg dah reti hormatkan org. sabar ye kak nur. be strong ya!

Anonymous said...

jadi cikgu zaman sekarang bukan macam dulu2...
ingatkan budak sekolah rendah jer suka mengadu, yg dah berjanggut pun kaki ngadu jugak

yatie chomeyl said...

sekeh jah palo sore2..ngado2 student jame lo ni

alohamolly said...

Kak Nura,

Tabahkan hati....

Here's my shoulder to cry on.

I cannot imagine what I would react if i were in your shoes, but from how I have known you from your luahan hati selama ini, I believe you would gain strength from the Lord and became better and stronger after this.

Sometimes events like this knock us to our senses(and not to knock us down!) and make things clearer for us...a blessings in disguise!

So stay tough when the tough gets going!

Cheers!

P/s: I have sent twice my house address to you. My email you used is correct...let me know if you still have not receive my mailing address! Thanks and Bravo to Transformed Housewife! :)

Hamizah said...

saya pon pernah mlaluinya..sabar je ye..ikhlaskan hati..

Sari said...

salam nur,
mmg student skang susah nak diajar, kat sek. anak ksari yg sulung tu disiplinnya teruk sgt..xtau ler nk kata..mcm2 kes smpai kes polis pun ader..apapun harap nur byk sabar, hrp jgn la sbb gaji je sbb kita bwk rezeki tu ke rumah utk anak2, kena ader keberkatan, biar la budak2 tu nak buat apa, ckp apa, diaorg yg rugi, mgkin satu hari nnti ilmu yg nur bagi tu akan melekat di hati diaorg n baru diaorg sedar betapa mulianya hati seorang guru..keep it up dear..

isabelle said...

kdg2 mmg rasa rugi sebab x dpt pahala ibadah. tapi i pun ada rasa mcm tu dgn final year students (sem ni) yg mcm tooot jer.
xpe, k.nur maybe leh try enhance cara approach students..biar jd lebih interactive & menarik.good luck

transformed housewife said...

skrg dah lega sgt2 sbb dpt sokongan moral dr kwn2 sekerja. mereka pun suruh saya bersabar dan jd lebih kuat.

K.Asna said...

Gitulah cabarannya jadi pengajar zaman skrg...budak2 skrg tak mcm kita dulu2...akak dulu mengajar budak2 Felda...yg kebykannya mmg krg ajar...tak apalah Nur yg penting kita ikhlas...tabah & kuatkan semangat

transformed housewife said...

terima kasih K.Asna. Insya Allah lps ni Nur akan lebih kuat dan tabah.

Cik Lily Putih said...

melampaunye student skrg ek

Aya said...

Nur,

I understand ur feeling because as a teacher myself, I have gone through the same experience. Sad, frustrated, tak dihargai etc. And mmg betul, rasa mcm mengajar utk dpt gaji je. Tapi Insya allah, things happen for reasons and there'll be a silver lining at the end of the tunnel. Sebenarnya ada students yg menghargai kita, cuma it takes time for us to realise dan bila kita tahu usaha kita dihargai oleh pelajar, insya allah it will boost our motivation. Inilah cabaran bg kita yg bergelar guru/pensyarah zaman kini. Hang in there and I know that u're a strong person.

transformed housewife said...

thanks Aya.