Kelantan selalu digelar negeri miskin kan. Takpe. Kami tak pernah rasa berkudis pun dengan gelaran tu sebab hakikatnya hanya orang-orang Kelantan dan yang pernah duduk di Kelantan tahu hakikat sebenar. Lagipun 'kaya' tu banyak dari sifat materialistik. Kalau 'kaya' yang sebenar definisinya lagi mendalam.
Hari ni ambo nok tepek sini satu karya hok ambo tok pasti sapo hok tulis tapi memey comeyla sangat gapo hok dio royak tu. (faham ke tak? hehehe)
: KELANTAN DARUL MISKIN ::.
Di negeri miskin itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.
Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..
Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..
Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains..
Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..
Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..
Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..
Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..
Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..
Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..
Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..
Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..
Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..
Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..
Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..
Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mengenal mula mengenal Tuhan..
Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..
Di negeri miskin itulah juga,
Ambo dilahirkan dan dibesarkan .
Mode: sebenarnya rindu nok kelik Kelate ni.
5 comments:
saya terkejut pada mulanya apabila tajuk itu yang diberi,namun bila membacanya sehingga habis,barulah saya faham...dan saya sngat setuju dengan apa yang ditulis....
banggo jd ore klate!
woo org kelantan ekk..tak kisah la negeri ap pun.yg penting kita org malaysia.hehe
Terbaiklah artikel ni...totally agree!!!
izan suka entri ni kak. walaupun en suami dilahirkan di johor, dia tetap anak kelantan disbbkan mak ayahnya mmg ore kelate... cuma mereka dah lama menetap di johor.
Post a Comment