Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Saturday, November 9, 2013

Bayi umur setahun memberi peringatan kepada ibunya. (BM entry)

Ini bukan cubaan....Ini betul-betul terjadi. Bayi yang berusia setahun lebih telah memberi peringatan dan pengajaran kepada ibunya sendiri. Kejadian berlaku di rumahnya ketika azan asar baru berkumandang. Si ibu masih sibuk mengadap komputer dan agak hanyut dan asyik menggunakan akaun "Facebook". Bayi yang sudah terbiasa bila sahaja terdengar azan, dia cepat-cepat mengambil sejadah dan telekung si ibu dan  berkata, "Mama, Allahhuakbar"(dalam bunyi pelat bayi baru belajar bercakap). Si ibu rasa betul-betul malu dengan kealpaannya. Pada masa yang sama, si ibu juga sebenarnya bangga kerana bayi tersebut sudah tahu tentang apa maknanya azan. Jadi, si ibu cepat-cepat mengambil wudhu' untuk menyegerakan solat.

Bayi tersebut ialah Husna anak bongsu saya. Memang betullah kanak-kanak masih suci dan fikiran mereka senang dibentuk. Bila kita sudah membiasakan dengan didikan yang betul, INSHA ALLAH mereka tak akan tersasar jauh dari landasan sebenar. Cuma sekarang cabaran-cabaran di luar lebih banyak untuk anak-anak kita. Bila mereka remaja lagi perlu kita lengkapkan mereka dengan ilmu-ilmu lain supaya mereka tidak hanyut dengan dunia sekarang.

Pernak tak anak-anak anda sendiri mengingatkan anda tentang amal ibadat bila anda tengah leka membuat sesuatu?

3 comments:

Mama Zharfan said...

:) anak2 ibarat kain putih :)

yatie chomeyl said...

apo mama ni main fesbuk semace, g semaye gih hahahaa

Puan Kutu said...

good girl husna..terasa tau anty..:)