Sudah lama dia mencari idaman hati. Begitu ramai yang dia minati, satu pun tak menjadi. Selalunya dia dipandang sepi. Dek kerana kekurangan diri.
Kalau sudah jodohnya. Memang tak kemana. Akhirnya bersatu jua. Di saksikan sanak saudara.
Kini bermula episod baru. Sudah bergelar "Pengantin Baru". Kedua-duanya agak malu-malu. Mungkin kerana diusik selalu.
Tahniah sekali lagi adindaku dan isterinya; Mohd Rashdan dan Siti Amnah.
Kak Nur doakan kalian sentiasa berbahagia. Banyakkan bersabar dalam mengharungi pancaroba. Alam rumahtangga banyak dugaan dan cubaannya. Bukan mudah mengapai bahagia, tapi jangan hilang kasih-sayang di antara kalian berdua.
3 comments:
selamat pengantin baru buat pasangan..
Alhamdulillah..bertemu jodohnya..comel je pengantin..kita doakan yg baik2 dalam kehidupan rumahtangga pasangan ini
Alhamdulillah ketemu jodohnya. Selamat menambut ahli baru dalam keluarga Nur
Post a Comment