Cerita ni cerita benar ye. Baru je terjadi semalam di sebuah pasaraya.
Al-kisah seorang mak yang baru balik dari kerja, terus mengangkut anak-anaknya seramai 3 orang untuk membeli beberapa barang keperluan. Anak-anak macam biasa ada jelah barang-barang yang diaorg perlu. Mak ni melayan yang mana patut jelah kan.
Bila sampai kat tempat aiskrim, anak-anak nak aiskrim. Ok, maknya melayan lagi. Tapi tiba-tiba salah seorang anak nak pulak aiskrim goreng. Harga sekotak aiskrim goreng tu dalam RM10 lebih. Sekotak ada 6 ketul je. Mesti beli sekotak tak cukup kan. Jadi, mak yang berkira ni pun bagitahu anak-anak, "Lebih baik kita buat sendiri aiskrim goreng ni". "Mama tahu macammana nak buat sebab ada resipi kat internet untuk buat aiskrim goreng sendiri".
Dengan tak disangka-sangka ada seorang pekerja di pasaraya tu sibuk pasang telinga. Dia cakap pada mak yang berkira ni,"Alah puan bukannya aiskrim tu harga ratus-ratus pun." "Kesian kat budak-budak". Mak yang berkira ni apa lagi, naiklah darah bila ada orang yang sibuk masuk campur hal dia dengan anak-anak.
Mak ni pun terus cakap,"Awak nak tolong bayar ke? Kalau tak jangan sibuk. Bukan saya tak beli apa2 untuk diaorg. Ni dah banyak barang dah dlm troli ni. Kalau tak nak tolong bayar, tolong jangan sibuk masuk campur ye."
Terdiam terus pekerja tu. Berani nak masuk campur hal orang. Memang mak berkira ni berkira sebab kalau tak berkira, alamatnya hujung bulan, anak-anak makan maggi jelah kan. Ayah diaorg dah byk bayar benda2 lain.
Pernah tak sesiapa yang sakit hati bila ada orang lain yang sibuk2 bagi pendapat percuma bila kita tak perlu pun?
4 comments:
e'eh..pandai pulak dia komen..
sebenarnya bukan nak berkira sangat.. tapi bagi saya berbelanja biarlah berhemah.. kita anak ramai.. nak bagi anak makan kalau setakat makanan rapu mcm aiskrim tu tak berbaloi nak spend rm10 utk 6 ketul je.. mmg betul..tak cukup kalau beli satu je..bagi saya ada benda yg buat sendiri lagi bagus. jimat pun jimat.. penuh kasih sayang pulak tu kan..
tak suka orang yg memandai mandai bagi komen macam tu..
mesti pekerja tu x de anak / family sendiri lg. sbb tu x faham dan rasa RM10 tu apalah sgt. saya byk kali jgk bercakap dgn anak2 saya psl apa yg bole beli, apa yg nnt dulu, apa yg x bole beli. org lain mungkin kata psycho, tp pada saya, itulah 'educate'. skg peringkat budak2 ni giler belon. asal nmpk je, nak. bkn bole beli satu, dua2 org pon nak sorg satu. mmg x mahal tp kalo satu belom RM5, dua belom dah RM10. bkn bole buat mkn pon. so kt sinilah ibubapa kena main peranan. kalo apa nak semua dapat, hmmm... alamatnya hancur la generasi, nauzubillah
sibuk jah..oyat ko dio "mind your own business" hohohoh
memang menyibuk komen tahap dia nak tolong bayarkan.belanja mmg kena berhemah..apalah sgt aiskrim tu 6 bijik mmg tak cukup la..buat sendiri byk dpt..jimat pun ye..mmg bijak mak yg berkira ni..sy respek!
Post a Comment