Tanggal 26 May 2009, lahirlah seorang bayi lelaki di buni asing, Fukuoka, Jepun. Kelahirannya memang dinanti-nanti oleh kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang lain. Bayi tersebut adalah anak saudara pertamaku. Aku amat gembira apabila mendengar berita kelahirannya. Dia telah diberi nama Shafiq Nazhan oleh bapanya.
Kenapa aku begitu teruja dengan kelahirannya? Aku dan adikku Yati, sememangnya begitu rapat. Walaupun semasa kecil kami selalu berselisih faham, kami menjadi kawan rapat apabila masing-masing telah dewasa. Kami berkongsi segala masalah, suka dan duka.
Di saat aku melahirkan anakku yang pertama, aku amat bertuah kerana arwah ibuku berada di sampingku. Adikku Yati pun masih bertuah kerana ibu mertuanya ada di sisi menemaninya. Cuma aku dapat bayangkan, dia tentu inginkan ibu sendiri berada di sisi. Namun umur ibu kami tidak panjang dan kami perlu menerukan kehidupan tanpa ibu di sisi. Seandainya aku mampu, aku teringin mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ibu. Tetapi aku tidak mampu melakukannya untuk kesemua adik-adikku seramai tujuh orang. Aku juga sudah ada suami dan anak-anak yang juga memerlukan perhatianku.
Aku yakin yang adikku Yati, akan menjadi seorang ibu yang baik kerana dia sememangnya sukakan kanak-kanak. Sejak kecil, Yati suka melayan kanak-kanak. Aku juga berdoa yang dia akan lebih berbahagia dengan kehadiran puteranya yang akan menyerikan lagi rumah tangganya. AMIN.
3 comments:
thanks sis... I do miss arwah ma a lot esp masa mula2 bersalin but umi meme jago btul2 that she makes me feel not losing ma. tok sabar nk bwk shafiq jupo cik nur n kak tini n kak fizah dio :)
Shafiq keno panggil K.Nur, Mok Long kot. Insyaallah kito jupo bilo KNur, Abe Ariff, Tini n FIzah balik nanti.
salam nuradyani
salam kenal juga
nice blog you have too
Post a Comment