Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Monday, May 18, 2009

Mari Mengajar dan Belajar.


Kali ini buat pertama kalinya, saya nak menulis dlm Bahasa Melayu. Dah lama tak menulis dalam bahasa ibunda. Kalau tengok tajuk tu, macam tajuk Filem Buatan Malaysia kan, kan. Sebenarnya, saya nak menyeru kepada semua ibubapa di luar sana supaya mengajar anak2 sendiri dan belajar dari mereka.

Sebenarnya saya pun bukanlah orang yang arif dalam bidang ni. Tetapi saya rasa kita sebagai ibubapa adalah orang yang terdekat dengan anak2. Sepatutnya kita boleh mengajar anak2 sendiri. Bila saya katakan mengajar, tak semestinya kita perlu duduk di meja atau perlu ada papan hitam. Kita boleh mengajar anak2 di mana2 sahaja tentang apa2 sahaja yang menjadi minat anak2.

Biasanya anak2 yang berumur 3 tahun ke atas akan mula memerhatikan keadaan sekeliling dan akan mula becok menanyakan pelbagai soalan. Anak saya sendiri selalu ada soalan jika dia tidak faham sesuatu situasi atau memang dia ingin tahu tentang sesuatu. Saya rasa kita perlu memupuk minat anak2 dan jangan sesekali menyekat perasaan ingin tahu mereka. Saya sedar dalam budaya Melayu, anak2 di ajar supaya hormat dengan orang tua dan mereka tidak dibenarkan menyampuk cakap orang tua. Tetapi, kadang2 tanpa kita sedar kita telah menyekat anak2 kita untuk menjadi seorang yang yakin pada diri sendiri dan tidak takut untuk bertanya.


Saya ada pengalaman mengajar pelajar2 di Universiti Sains Malaysia. Selama hampir 5 tahun, saya dapat membandingkan pelajar2 Melayu dengan bangsa2 lain. Pelajar2 Melayu di universiti tempatan sebenarnya ada potensi tetapi kebanyakannya tidak mempunyai keyakinan diri apabila perlu bercakap di hadapan orang2 lain. Apabila ditanya kenapa, mereka menyatakan mereka malu dan tidak mahu ditertawakan jika mereka membuat kesilapan. Saya rasa perkara ini ada kaitan dengan cara pembelajaran mereka sejak mereka kecil. Saya tidak ada kajian yang boleh saya kaitkan di sini untuk membuktikan dakwaan saya.

Kita sebenarnya bertuah kerana kita mempunyai pelbagai teknologi dan alat yang boleh membantu kita sekarang. Sumber2 pengajaran juga senang didapati. Jadi saya rasa sepatutnya tidak ada lagi alasan untuk kita tidak menagajar anak2 sendiri. Kita juga perlu belajar dari anak2 sendiri kerana dengan cara itu, anak2 akan merasa bangga dan yakin dengan diri sendiri.

Saya boleh memberikan beberapa webites yang berguna. Antaranya www.starfall.com, en.wikipedia.org/wiki/Main_Page dan mcm2 lagi.

2 comments:

mommy@lif said...

salam yani... radziah here
welcome to blogging world! i love parenting topic the most so keep on writing, may be we can share a thing or two , kan?

on this topic, i learn a lot from my son too.. example, if i make mistake, i'd make it a point to apologize to him so takde lah dia ingat paents ada veto power, and that we're human too :) and part tanya soalan.. memang menguji kesabaran.. but i love it when he asks 'intelligent' Qs such as.. ' kenapa bulan asyik ikut kita?' cuma yang tak tahan kalau i sendiri tak tau nak jawab canner.. hahah!

transformed housewife said...

salam rad,

Memang sejak jadi housewife n banyak masa dgn anak2 baru bersemangat nak ajar anak2 sendiri. Memang budak2 yang dah pandai bercakap, suka bertanya. Kalau kita tak tahu nak jawab, sebenarnya kita boleh cuba cari jawapan kat wikipedia atau encyclopedia. Kalau cari sama2 dgn anak lagi bagus sbb dia tahu kita tunjuk yang kita ambil serius soalan2 dia.