Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Sunday, May 23, 2010

Konsert akhir Akademi Fantasia 8 hambar? Atau AF dah hilang sengat?(BM entry)

Salam semua,

Smlm setelah 3 thn tak menonton dan mengikuti rancangan Akademi Fantasia, saya layanlah tengok konsert akhir dengan anak2. Sebenarnya anak2 tak berminat nak tengok sebab kalau boleh asyik nak tengok Playhouse Disney je. Tapi dah mak diaorg ni nak tengok juga, terpaksalah diaorg menonton sekali. tu pun Tini dah buat muncung panjang-merajuk

Dari awal konsert sampaila ke akhir, saya rasa saya dapat meneka apa gimik2 yg akan digunakan. Mutu persembahan peserta2 AF pun bagi saya biasa2 saja. Mesti peminat fanatik AF marah dengan  kenyataan ni tapi saya hanya nak menyuarakan pendapat jujur saya je. Semasa  semua peserta membuat persembahan,  muzik  terlalu kuat sehingga kadang2 menenggelamkan suara mereka. Jadi mereka terpaksa menjerit  dan bukannya menyanyi. Bagi saya Shahir, Adira, Daus, Maulana dan Iwan boleh menyanyi dengan baik, cuma oleh kerana mereka terikat dengan gaya persembahan yang sudah diajarkan dan juga dibantu dengan gimik2 Astro sendiri, mereka seakan tenggelam dalam menonjolkan bakat mereka. cewah bunyi macam juri tak professional dan tak bertauliah je :P

Bagi saya Astro sebenarnya hanya berminat untuk membuat rancangan realiti ini untuk menaikkan rating mereka sendiri. Apa yg jadi pada bekas2 pelajar AF mahupun juaranya pun, tidakla penting sangat. Kerana dalam 90 orang bekas2 pelajar AF,siapa jelah yg betul2 berjaya? Siapa yg masih boleh bertahan dlm bidang seni? Mungkin adala beberapa orang yg masih bergiat aktif. Yg lain2 kebanyakannya berlakon drama atau menjadi pengacara radio. Soalan2 yg selalu berlegar2 di kepala saya, SAMPAI BILA RANCANGAN INI AKAN DIBUAT? SAMPAI BILA ASTRO NAK MENGGALAKKAN REMAJA2 KITA MABUK DALAM RANCANGAN HIBURAN DAN MENGGALAKKAN MEREKA SEMUA BERANGAN2 UNTUK KAYA CEPAT DALAM BIDANG HIBURAN?

Kalau semua nak jadi penyanyi? Siapa yg nak mengisi kerja2 atau profesyen2 kritika yg lain?

11 comments:

isabelle said...

i benci tengok budak2 zaman skrg, remaja je..kids ke...disogok dengan idea menjadi artis je.

SJNathaniel said...

setuju dgn kNur..is all about business and money.untung dari sms berjuta,diorang dpt seciput jer...
itulah maksud nya REALITI TV..

tp skrang (af8) sgt takda aura kan?yg lasyer lagi better..

Unknown said...

adyani,
mujur la rumah kakyong xde astro..
tp kat rumah MIL... huhhh, depa tak penah miss AF...

x amik port sgt, tau2 macam tu jer...

yatie chomeyl said...

meme x best mace dulu.gano2 pong shahir hensem hahahahhaha

Syida said...

dah bosan dengan AF.last sekali tgk masa mawi, pastu da tak tgk dah.
semuanya macam dah well planned and lakonan semata.

Sue said...

pemilihan lagu sangat tak best!

Roz Razalli said...

salam...

saya setuju, kesian kadang2 tu anak2 muda yg mcm meraung bila tau nama tak naik nak jadik student AF ni...

anak saya yg 3 thn tu pon dah start2 nak suka tgk AF tu, nasib baik kami cepat2 tukar channel lain... takottt! cuma masa final tu jek kami tengok dari awal sampai abis, sbb saya demam.. so tercongok depan tv, dan takde cita lain boleh dilayan... wah, mmg dah tak best dah AF skarang ni... tu jek saya dan suami boleh cakap... anak pulak dah selamat di alam mimpi (nasib baik :)

p/s: pls keep on writing.. take care!

Wan Anie said...

jarang2 jer update blog Nur.... internet problem ko?

saya walaupun ada astro tak tgk langsung af8 ni.... tahu2 org ckp dah ada juara.. haha

K.Asna said...

Lama tak tengok AF...rindu rancangan2 TV kat Malaysia esp drama bersiri waktu petang

ummiluqman@azma said...

chema skrg dah malas nak nonton akademi fantasia tu.. berlakon je lebih. tp masa pertama kali dulu selalu gak menonton..

transformed housewife said...

kita tengok ada lg ke tak thn depan dan apa yg strategi2 ASTRO pula.