Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Sunday, December 18, 2011

KR1M: Memilih ke kalau saya tak lalu nak makan?

Salam,

Semua sedia maklum yang barangan makanan yang dijual di kedai KR1M tu memang murah lebih-lebih lagi yang berjenama 1Malaysia. Ada beras, sardin, makanan sejuk beku dan lain-lain lagi. Ada ahli keluarga saya yang beberapa kali membeli beberapa barang makanan dari kedai KR1M di Kelana Jaya ni. Jadi saya dah mencubala sardin, beras dan kuih seperti karipap. Masalahnya tekak saya ni tak boleh tak telan sangat nasi daripada beras 1Malaysia tu dan sardinnya. Berasnya macam beras lama dan ada bau yang kurang enak bila nasi sudah masak. Warna nasi juga memang berbeza dari nasi beras Siam. Iye, saya memang biasa makan beras Siam kerana saya orang Kelantan yang dibesarkan dengan beras Siam. Sardinnya pula, ikan-ikannya cepat sangat hancur dan bau lebih kuat dari sardin biasa. Kuih seperti karipap tu bolehla dimakan. Tapi isi tu hanyalah ubi yang sudah hancur.

Hari ni dalam akhbar-akhbar tempatan, ada laporan mengenai 200 barang makanan KR1M telah dihantar ke makmal untuk diperiksa kualitinya. Keputusan hanya akan diketahui dalam masa seminggu lagi.

Kalau nak kata saya ni memilih mengenai makanan, saya akan mengaku. Tapi kalau dah makanan yang akan jadi darah daging kita, takkanlah kita nak ambil mudah kan? Kalau murah sangat pun, tapi kualiti hancur, minta maaflah. Saya tak setuju sangat-sangat. Ini dah macam menipu dan mengambil kesempatan. Macammana nak bagi anak-anak kita makan makanan yang tak berkhasiat. Kalau beras tu macam dah nak hitam dan berbau, tak payah pergi hantar ke makmal pun, kita tahu dah hilang khasiatnya. Sardin tu belum sempat habis menumis dah hancur semacam, dah sah-sah ikan tu yang tak elok.

Entri ini bukan untuk menghasut sesiapa untuk tidak membeli barang makanan di KR1M. Cuma lebih baik kita gunakan hak kita sebagai pengguna untuk lebih memilih. Ada banyak lagi pilihan lain yang juga murah tapi masih berkualiti. Kami pun ada membeli barangan GIANT atau TESCO yang biasanya lagi murah dari jenama lain. Tapi kualitinya masih elok.

Ada yang pernah membeli barangan di kedai KR1M? Rasa-rasanya kualitinya boleh tahan ke atau teruk?

7 comments:

Qaseh Suhaida said...

sy br 2x pergi kedai 1Malaysia tuu survey2 harga je tgk2 je...xbeli pun huuu huu.

yatie chomeyl said...

ti x rajin beli lg n i think i will never buy food from them la kot...kalu beli pun salotep gitu jah kali..eh ado jual ko salotep hehe

ak yuyunz said...

harga memang murah tapi tak dinafi barang memang OUUUUTT..

transformed housewife said...

Qaseh: ada brg yg ok. Tapi brg mknan rasanya baik elakkan.

transformed housewife said...

Tie: ado jual mace2 tapi kalu brg2 mknan kualiti mmg teruk dooh.

transformed housewife said...

ak yuyunz: tulah. rasanya baik kita cari brg2 murah kat tempat lain.

Unknown said...

kakyong jarang makan ikan sardin.. kalo beli ikan tin pun mesti jenis ikan mackerel..

x pernah juga lagi singgah mana2 kedai 1M ni..

rasanya jika begitulah kualiti yg dihidangkan.. elok lah kita kekal berbelanja di tempat @ guna barg yg biasa kita guna..

kdg2 terpk juga utk apa penjenamaan KR1M ni.. belum lagi kedai ikan 1M..

adakah tujuannya utk beri untung kroni2... ?!! mungkinkah ada muslihat politik??