Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Sunday, December 4, 2011

Muzium Tentera Darat (BM Entry)

Salam,

Ini hanyalah entry santai hujung minggu sbb kami tak ke mana-mana minggu ini. Suami saya memang lebih suka duduk dirumah. Saya ni yang suka keluar berjalan. Minggu lepas kami dah keluar bawak anak2 tengok cerita "Puss in Boots". Jadi minggu ini, hanya berehat je di rumah.

Sepatutnya dah lama saya buat entri ni tapi selalu tertangguh kerana banyak sangat gambar yang hendak dipilih. Kami singgah ke Muzium Tentera Darat ni hjg bulan lepas dalam perjalanan pulang dari Tiara Beach Resort, Port Dickson. Kebetulan suami memang minat sangat2 bila bab2 tentera, kapal terbang dan kereta perisai, kami singgahla untuk melihat2 dan mengambil gambar.




Sewaktu kami sampai, muzium tu tak terlalu penuh dengan orang. Tiada bayaran masuk dikenakan dan pengunjung bebas bergambar. Suami saya memang asyik mengambil gambar sehinggakan kami (saya dan anak2) yang penat dan kepanasan mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bangunan dan suami saya pula meneruskan aktivitinya sendiri ke bahagian yang lain. Saya dan anak2 hanya masuk dan melihat2 sedikit pameran yang ada di dalam bangunan seperti sejarah bagaimana tertubuhnya tentera darat pertama di Tanah Melaya. Ada gambar Adnan Saidi dan rakan2, ada juga sedikit sejarah di zaman Kesultanan Melaka, pakaian2 tentera di zaman dahulu, kelengkapan2 dan senapang yang digunakan.





Saya tidak terlalu ghairah mengambil gambar  di dalam bangunan kerana keadaan agak gelap dan ada gambar yang diambil tidak berapa jelas. Maklumlah saya bukannya pandai sangat nak menukar "settings" pada kamera. Jadi, mintak maaflah tiada gambar di dalam bangunan. Lagipun saya dan anak2 hanya melihat dan berjalan2 di dalam bangunan hanya selama setengah jam. Anak2 sebenarnya sudah mengantuk dan letih kerana waktu itu sudah pukul 2.30 petang dan mereka pun masih letih kerana sakan bermain air di waktu pagi. 




Daripada semua bahan pameran tu, saya paling tertarik pada bahan pameran di luar. Cuma saya tak masuk ke tempat tu sebab hanya suami saya yang menjelajah masuk ke Terowong Rahsia Zaman Komunis. Ada satu terowong yang sengaja dibina seakan2 terowong zaman Komunis masih mengganas di hutan. Macam menakutkan pun ada bila tengok gambar je. Panjang terowong boleh tahan juga sebab kita boleh masuk dari pintu rahsia dan keluar dari lubang rahsia antara pokok besar. Bagus juga saya dan anak2 takk masuk sebab mungkin anak2 takut dan silap2 boleh mengigau bila tidur. 




Hampir sejam kami di situ untuk bergambar dan melihat pameran. Bila anak2 mula ajak balik, saya pun dah letih, saya terpaksa ajak suami (yang macam tak nak balik ye) untuk meneruskan perjalanan pulang. Hampir pukul 3 lebih barulah kami tinggalkan muzium tersebut. Itu pun kerana langit dan nampak mendung semacam je. Memang kami terpakasa meredah hujan lebat sebelum sampai ke Kelana Jaya. 

Bergambar lagi sebelum balik.


7 comments:

puanbee said...

suami tu jiwa patriotik ye sampai tak nak balik hehe ..anak2 cepat boring kalau jalan2 tempat gitu kan tu yg rasa penat sokmo

Lizan said...

bestnya nur, kak ijan tak pernah terpikir nak singgah tengok muzium kalau gi mana-mana. tengokkan gambar2 tu mcm besar ekk tempat tu..nasib baik takde yang 'ngikut' balik...hehehe

kakyong said...

walaupun kakyong ni anak askar, tp tak pernah lagi singgah mana2 muzium tentera... huhuuh..

transformed housewife said...

PB: bukannya patriotik pun. Mmg dia minat dgn kereta kebal, kapal terbang, helikopter.

transformed housewife said...

K. Ijan: Kami mmg minat pergi muzium tapi yg muzium ni, suami sy yg beria2 sgt sbb dia mmg suka tengok apa2 psl perang dunia kedua dsb.

transformed housewife said...

Kak Yong: kami pun kebetulan dah lalu kat situ. Saja singgah tengok.

Sidratul Muntaha said...

bru terbaca entry akak ni..
2008..mmg pergi sini.
asal cuti pd,laki ayu sanggup jln sini..
boleh geng la laki akak dgn laki ayu
dia mmg budak wataniah dulu.
kena kursus dulu kat pusat latihan tentera darat pd tu dulu.
skrg tak daya nak pergi n melyan minat dia sbb mmg confirm xmo blik..
tggu budak2 besar sikit la kot?
boleh naik rumah api kat teluk kemang tu.tak jauh dari lagun biru.

*jrg tinggal komen sbb segan dgn akak.sbb dgn adik berkwn,tpi dgn kakaknya entah prnh jumpa ke tak masa duduk meru dulu.