Salam,
Isu lagu "Bawaku Pergi" bukan baru. Bila lagu tersebut diharamkan kerana lirik lagu tersebut ada unsur-unsur menghasut remaja supaya lari dari rumah, sebenarnya telah memberikan lagi publisiti kepada lagu tersebut. Memang lagu tersebut sudah diharamkan dimainkan di radio dan tv, tapi sekarang remaja tak perlu radio atau tv untuk mendengar lagu yang mereka minat. Senang je mereka nak dapatkan lagu tersebut.
Untuk yang tak pernah mendengar lagu tersebut, jom dengar dan perhatikan lirik sebenar lagu tersebut:
Sekarang, apa pendapat anda semua mengenai lagu ini? Saya pun mula-mula baca lirik, saya seperti bersetuju dengan tindakan pengharaman. Tapi bila diteliti lagi, barulah saya perasan lirik tersebut bukan mengajak remaja lari dari rumah. Seperti apa yang telah dijelaskan oleh Malique (komposer dan penulis lagu), lagu ini sebenarnya luahan hati seorang isteri yang ingin dibawa bercuti ke puncak Himalaya. Mungkin pada korus lagu yang diulang-ulang itu ada terselit perkataan-perkataan yang seakan mengajak remaja lari.
Ini semua hanyalah kesalahan interpretasi pada idea kreatif. Ini bukan hanya terjadi pada lagu, sebelum ini novel "Interlok" juga dikatakan memaparkan unsur negatif kerana perkatan "Pariya". Yang saya tak faham, kenapa kita perlu ada sikap suka terburu-buru dalam mengambil keputusan atau memahami sesuatu karya kreatif? Idea kreatif akan tersekat jika semua perkara dikatakan menyentuh isu sensitif. Sesetengah isu sensitif itu hanya digembar-gemburkan dan diperbesarkan saja. Kadang-kadang masing-masing ada motif tersendiri.
Sama juga bila menulis entri dalam blog, ada yang sudah terkena kerana dikatakan menyentuh isu-isu sensitif. Jadi, nak tulis apa? Tulis benda dalam kain dikatakan "tak malu sebab menunjukkan kelemahan dan keburukan sendiri", tulis perkara-perkara yang baik untuk dikongsi pun kadang-kadang ada yang tersalah tafsir.
Kesimpulan?
Saya akan tetap tulis apa yang saya fikir dan rasa. Interpretasi orang lain? Terserahlah pada mereka nak menilainya. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu memang datang dari kelemahan saya sendiri. Wallahuallam.
6 comments:
kalau itulah yg dimaksudkan (monolog seorg isteri) , buat apalah nk diharamkan....
biasalah melatah lebih. Lagu2 dr artis barat yg lg teruk tak pula diharamkan.
biasalah melatah lebih. Lagu2 dr artis barat yg lg teruk tak pula diharamkan.
yup mulo2 dgr meme raso negatif tp bilo dgr explainatipn malique, btul jugop dio oyat. depend pado interpretation la. lagipun kalu budok2 nok lari pun, x kait dgn lagu tu...doh meme budok2 tu nk lari doh..x sabit pun sbb lagu tu
rasanya lagu barat lebih teruk maksud lagu diorg tu.
saya setuju dengan pendapat akak. lagu ni saya dengar semasa belum keluar di corong radio (saya peminat malique :P).
masyarakat kita cepat menghukum.
Post a Comment