Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Saturday, May 26, 2012

6 cara mudah untuk membuat anak rasa disayangi. (BM entry)

Salam,

Semalam tak sempat nak buat entri sbb rasa mcm penat sangat walaupun dah mula bercuti. Pagi-pagi lagi bersemangat sungguh membersihkan bilik, membasuh cadar dan selimut. Lepas tu apa lagi, memang kepenatan dan berehat kat atas katil jelah. Bila tghr dah kena jemput anak-anak kat sekolah. Lepas jemput diaorg, kami keluar makan. (Saya dah malas nak masak bila untuk makan bertiga je.)

Hari ini saya rasa nak berkongsi artikel mengenai cara-cara paling mudah untuk membuat anak rasa disayangi. Selalunya kita selalu nak anak-anak menyanyangi kita kan? Tapi pernah tak kita terfikir kasih sayang sebenarnya bukanlah patut diminta atau diperintahkan tapi sesuatu yang perlu lahir dari hati mereka sendiri. Tindak tanduk dan perlakuan kita ada kaitannya dengan bagaimana kita hendak menyuburkan kasih sayang itu sendiri.

Cara-caranya: (eh...macam resipi pulak. hehe)

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih.
    
Ini bukannya sebab kita nak memujuk bila kita baru memarahi anak tetapi bila kita tengok anak tengah bersedih, kita kenala ambil berat dan bertanya. Kalau selalu bertanya, barulah anak terasa rapat dengan kita dan bila dah remaja, anak takkan cari kawan-kawan untuk meluahkan perasaan.
    

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya.

Bila baru balik dari kerja, sekurang-kurangnya senyum dulu pada anak-anak dan berbuallah tentang apa yang berlaku di sekolah. Kalau boleh peluk dan cium anak-anak lagi baik. 
 
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya.

Anak-anak akan suka jika ibubapa memuji perbuatan baik yang dilakukan. Kalau kita pun nak anak-anak berakhlak mulia, selalulah katakan, "Baguslah anak Mama hari ini tolong Mama". (contoh je tu). 
 
4. Dengarkan kata-katanya.

Anak-anak (biasanya yang masih kecil) suka bercerita tentang apa yang berlaku di sekolah. Walaupun kita penat, dengarkan sajalah. Kadang-kadang cerita tu tak penting sangat tapi 
perhatian kita tu yang paling penting.


 5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya.

Kita tentu tahu apa yang anak-anak kita minat kan? Jadi bila ada kesempatan tu, luangkanlah masa melakukan apa yang anak-anak suka. Untuk ibubapa yang berkemampuan, biasanya mereka akan hantar anak-anak ke kelas muzik, taekwondo dan sebagainya. Untuk yang kurang berkemampuan, jangan risau, ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan tanpa mengeluarkan wang yang banyak. Aktiviti memasak, bermain bersama adik beradik dan melukis di rumah boleh dilakukan di waktu lapang.




 6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya.

 Anak-anak tentu ada kepandaian masing-masing. Jadi bila anak-anak berkongsi apa yang disuahakannya, tunjukkanlah minat. Katakan, "Mama rasa kakak cuba melukis rumah kan?". (contohnya). Anak-anak akan seronok bila ibubapa memberi perhatian atas apa yang mereka cuba buat walaupun tidak begitu sempurna.


 

10 comments:

Lizan said...

bagus tips ni, nanti k.ijan nak try menambah kesabaran dalam diri melayan adam yang kuat membebel ni.

transformed housewife said...

kalau anak2 Nur, Hafizah yg paling kuat membebel. Tadahla telinga dengar bebelan dia. Kalau tak, kang merajuk pulak. huhu

ddfirdaus said...

No 4 tu mmg x tahan k.nur..siap boleh pusing2kan muka kita soh dengar cite die if we both husb n wife chit chat..sambil jerit2.."mama mama dengar ni Thani ckp"...layan je la..kasik sound effect sket2 lg excited die cite non-stop smpai papa kata "tak penat ckp ke?" pas tu kene tuduh kepoh cam mama..:-)

transformed housewife said...

ddfirdaus: hehehe. biarkan saja dia bercakap. bila dah besar kan kurangla sikit cakap dgn kita.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kalau dia lukis dinding umah pun tjukkan sokongankan? haha. dah penuh umah dgn contengan...

Anonymous said...

kadang2 kita terlupa nak bg penghargaan kpd anak2, lebih2 lagi bila kita dan penat dgn kerja. Teringat pula zaman jadi surirumah dulu....

yatie chomeyl said...

dh start nesting ko nyipe2 rumoh doh tu ehehhe

transformed housewife said...

Ila: hehe. kena tunjuk minat juga lps tu ajak cuci dinding tu.

transformed housewife said...

fa10: biasala tu. takpo bilo teringat pujila anok2 sikit.

transformed housewife said...

Tie: yup. counting the days.