Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Thursday, May 24, 2012

Membuat perbandingan zaman dulu dan zaman sekarang dah tak releven? (BM entry)

Salam,

Pernah tak terdengar orang-orang tua membuat perbandingan antara zaman dulu dan zaman sekarang? Selalunya perbandingan tu dibuat untuk menyedarkan kita tentang kesusahan yang ditanggung mereka dulu. Ianya juga untuk menyuruh kita berfikir dan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Abah saya selalu bercerita pada kami:
"Dulu abah ada sepasang je kasut sekolah". "Dulu abah pergi sekolah kena berjalan kaki sejauh 5 km (sebenarnya tak ingat berapa tapi hanya letak lebih kurangla)". "Dulu masa raya je baru nak merasa dapat baju baru". "Dulu susah nak rasa makan yang sedap-sedap". "Masa kenduri kawin atau raya je baru merasa makan sedap-sedap".

Kami anak-anak selalu dengar dan cuba memahami kesusahan abah dan rasanya kami biasanya tak akan meminta yang lebih-lebih. Malah kami akan berusaha menyimpan duit sendiri kalau kami teringin hendak membeli apa-apa barang yang kami kehendaki.  Biasanya kami akan menyimpan duit saku sekolah di dalam tabung atau saya sendiri selalu juga berniaga di dalam kelas. Berniaga? Iye....saya pernah berniaga di dalam kelas semasa sekolah di sekolah rendah dan menengah dengan menjual jambu merah (yang dikutip dari pokok di halaman rumah), kad raya semasa bulan puasa dan alat tulis. Adik-adik pula setiap kali cuti sekolah atau cuti panjang semester, mereka akan bekerja di hotel atau kedai makan (sbg pelayan "waiter/waitress") ataupun di farmasi.

Sekarang saya selalu juga menceritakan pada anak-anak tentang apa yang saya pernah buat dulu. Niat saya pun sama, saya mahu mereka bersyukur dan tak mengeluh apabila mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki. Kami (saya dan suami) pun tidak mahu mereka mendapat semua barang-barang dengan terlalu mudah. Kami hendak mereka sedar yang tiada jalan mudah dalam hidup ini. Semuanya perlu diusahakan dengan titik peluh sendiri.

Soalan2 saya (mencabar minda semua. hehe) untuk hari ini:
1- Masih relevenkah menggunakan pendekatan bercerita dan menbandingkan zaman dulu dan zaman sekarang?
2- Perlukah diceritakan pada anak-anak tentang kesusahan hidup kita supaya mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada?
3- Adakah anak-anak akan berfikir atau mereka hanya akan mendengar tanpa betul-betul berfikir?
4- Ada lagi yang lain menggunakan pendekatan ini dalam mendidik anak-anak?

Sila jawab soalan-soalan di atas. Setiap jawapan akan diteliti. (hahaha.poyo je). Setiap jawapan sebenarnya adalah perkongsian yang baik untuk ilmu menjadi ibubapa yang terbaik.
 

TERIMA KASIH SEMUA.

6 comments:

yatie chomeyl said...

mesti lah keno cerito..at least anok2 dpt gambaran yg hidup ni buk esokmo nyo sene jah hehe

Syida said...

kene cerita! wajib! baru dia tau kita ni bukan senang nak jadi senang.there's no shortcut.

Izan Ishak said...

betul kak... mmg kena cerita. esp en hubby mmg tiap kali anak2 tak hargai sesuatu... keluarlah cerita masa dia kecik2 dulu. bila fikirkan balik mmg relevan pun... biar mereka tahu ayahnya dulu bukan org senang.

transformed housewife said...

Tie: betul tu.

transformed housewife said...

Syida: aah. kena bg kesedaran pd anak2 kan.

transformed housewife said...

Izan: kalau tak cerita anak2 ingat semua benda senang je nak dapat kan.