Sebelum ni saya pernah berkongsi mengenai ada beberapa rakan sekolah Fathini (anak sulung saya) yang meminta duit dari anak saya dan sehingga sekarang belum dibayar semula duit yang diminta tu. Saya dah suruh Fathini meminta semula duitnya dan nampaknya budak-budak tersebut tak de berniat untuk membayar balik. Fathini pun sudah mula belajar untuk menolak permintaan kawan-kawan sekolahnya yang hendak meminjam duit atau apa-apa barang. Bukan saya hendak mengajar Fathini supaya menjadi kedekut tetapi kalau kecik-kecik lagi budak-budak tu sudah menjadi pembuli, maknanya makin besar makin teruklah. Kami dah pun maklumkan hal ini pada guru kelas Fathini. Masalahnya ada ramai kanak-kanak di sekolah tersebut, cikgu pun tak sempat memantau semua murid-murid. Saya faham tentang kekangan tersebut.
Yang terbaru, rakan sekelas Fathini yang juga duduk bersebelahan dengan Fathini buat perangai lagi. Sebelum ini, memang budak tersebut selalu meminjam alat tulis Fathini dan kadang-kadang tidak dipulangkan sehinggalah Fathini meminta semula. Kali ini dia telah mengambil satu kotak pensil warna Fathini dan sudah 3 hari diambil tanpa dipulangkan semula. Bila Fathini mengadu pada kami, saya marahkan Fathini sebab dia membiarkan sahaja orang mengambil barangnya. Selepas itu, saya suruh dia meminta semula pensil warna tu dari kawannya. Bila dah beberapa belum dipulangkan, saya suruh Fathini mengadu pada guru kelas. Nampaknya guru kelas pun hanya bertanyakan pada budak tersebut tanpa membuat apa-apa tindakan lain.
Jadi apa tindakan kami selepas ini? Suami saya sudah menulis surat untuk diberikan pada guru kelas Fathini. Memang ramai yang akan berkata ini perkara remeh-temeh. Tetapi disebabkan perkara yang selalu kita terlepas pandang inilah, kita dah melahirkan pembuli-pembuli di sekolah. Ini baru sekolah rendah. Bila ke sekolah menengah, inilah budak-budak yang akan membuli budak-budak lain supaya membelikan mereka rokok dan sebagainya. Saya sendiri pernah melihat kejadian ini di sekolah saya. Saya telah melaporkan kejadian tersebut kepada guru displin supaya diambil tindakan selanjutnya.
Bagi saya perkara ini sebenarnya hasil didikan ibu bapa. Kalau saya salah tolong betulkan ye. Tapi ini pandangan peribadi saya. Ada beberapa perkara yang akan menyebabkan kanak-kanak menjadi pembuli:
1- Mereka memerhatikan apa yang berlaku di rumah. Jika ada pembuli dalam rumah mereka seperti bapa yang selalu memarahi ibu mereka, mereka pun merasakan perkara tersebut tidak salah.
atau pun
2- Mereka terlalu dimanjakan dengan kebendaan. Setiap permintaan mereka dituruti. Jadi mereka tidak faham konsep kenapa mereka tidak boleh ambil barang kawan-kawan mereka.
ataupun
3- Mereka sendiri pernah dibuli oleh budak-budak lain. Jadi mereka akan memilih kawan-kawan yang lebih lemah pula untuk menjadi mangsa mereka.
Setakat ini dulu yang boleh saya fikirkan. Pernah tak anak-anak anda mengalami kejadian seperti ini di sekolah?
12 comments:
i LOVE this posting kak nur. syigim mmg penah terfikir nak buat posting psl buli lepas khaleef asyik kena buli dlm bus. now lg berkoba2 nk write one. mengangguk2 baca. sgt agree dgn 3-3 point of how bullies came to be.
i wonder what do parents of those BULLIES think about all this?
keno ajar tini jd bekeng lagi..pastu kak nur sendiri gi sekoloh tgk budok mano yg buli tini tu. mace epik kecik2 dulu keno buli xsey gi skoloh, lps tu ti kan pengaas maso tu..ti gi kelas epik, gi maroh budok tu...lps tu x berani doh budok tu nk buuli epik...maso tu kat skoloh meru tu..hehehe
syigim: yup. I wonder if the parents if those bullies know abt their kids' behaviour at school.
Tie: Abe Ariff kato nok gi sekoloh Tini next week kalu cikgu tok wat gapo2.
kesiannya tini.. kalau jadi kes buli ni kat adam,rasanya tak lelap tidur k.ijan dibuatnya..so far belum lah lagi dengar dia kena buli mungkin sbb baru tadika kot.. mintak lah dilindungi anak2 ni
aduhai..kecil lagi dah pandai buli orang. risau terbawa-bawa perangai tu sampai ke besar. kesian fathini. fathini kena belajar jadi tegas dan kena belajar kata 'no' la
k.nur, muhaimin pun pernah mengadu pada izan yg ada budak suka mintak duit kat skolah. biasanya dorg akan tunggu kat tangga waktu pagi atau masa rehat. masa dgr tu geram aje rasanya. rasa nak pergi skolah n jumpa budak tu. cuma setakat ni takde lagi kes amik brg2 ni...
ni le masalahnye kalo parents budak lain buat derk je.
kita pulak yg jenuh.
so far my kids x kena lagi mcm ni. tapi kalo kena, siap la
K.Ijan: Nur pun asyik risau je ni. Skrg tgh ajar Tini spy jd tough sikit.
Nadiah: Fathini mmg lembut sikit. Skrg mmg tgh ajar dia cakap "no"
Izan: hmm ada jugak kat sekolah lain ye. Jd mmg gejala ni ada kat mana2lah. Kita yg kena pantau anak2 kita pulak spy tak jd mangsa. huhu
Isabelle: Knur pun tunggu masa je ni. Kalau ada lg budak2 cuba buli lg Fathini ni, mmg nak pergi jumpa cikgu2 dan guru besar cakap psl hal ni.
Post a Comment