Salam,
Bila cuti sekolah je ramai yang ambil cuti dan bawa anak-anak balik kampung kan. Seronoklah datuk & nenek kat kampung bila dapat main dengan cucu. Riuh rendah kejap rumah kat kampung.
Dulu masa saya kecil2, kami tak perlu tunggu cuti sekolah baru nak balik kampung sebab kadang-kadang 2 mg sekali pun akan balik kampung di hujung minggu. Yelah kami duduk di Kbg Kerian dan kampung pulak kat Tumpat (sebelah arwah ma) dan Wakaf Bharu(sebelah abah). Bila cuti sekolah siap memang ditinggalkan di kampung dan kena belajar mengaji dari moyang.
Saya pun teringin nak buat macam tu. Kadang-kadang anak-anak pun selalu bertanya "Bila nak balik Kelantan?". Diaorg selalu jumpa opah dan tok sebelah papa diaorg (maklumlah kami masih menumpang di rumah mertua ni sampai rumah kami siap hjg thn ni). Tapi sebelah keluarga saya, kami jarang-jarang dapat jumpa kecuali masa raya. Kalau dulu, sewaktu arwah ma saya masih ada, saya memang seronok dan sengaja ambil cuti sebab nak balik Kelantan.
Sekarang keadaan dah berlainan. Oleh kerana saya dah tak seronok sangat nak balik. Memang nak jenguk abah tapi tak seronok nak jumpa dengan isteri abah. Di rumah nenek dan tok saya di Tumpat, masih ada pakcik bongsu yang tinggal dengan isteri dan anak-anaknya. Saya tak suka menyusahkan dia dan isterinya. Jadi memang bila raya jelah, baru kami balik.
Sekarang adik-adik saya dan makcik saya balik ke kampung dan mereka ada berkumpul di kampung. Cuti kali ni, saya pula dah sarat dan rasanya tak larat nak duduk dalam kereta lebih kurang 10 jam untuk sampai di Kelantan. Jadi, terlepas lagilah nak berkumpul dengan sanak saudara di kampung.
Untuk yang lain, bergembiralah dengan anak-anak di waktu cuti sekolah ni di kampung. Gembirakan hati ibubapa yang nak bermain dengan cucu-cucu mereka.
9 comments:
meme best kelik kelate time ma ado dulu..lo ni nk kelik pun payoh deh. mujur ti nikoh ore kelate, leh la kelik sokmo hehe
Nur, mmg mencabar sikit kalau dah sarat and nak naik kereta lama2...ica dulu rasa tak selesa sangat...sebab kaki dah kebas2... tapikan even if you will not balik kampung, you can still have fun activities with the girls kan... I am sure your girls would love it being with you no matter where they are... :)
skrg cuba tuk blik selalu even selalu jugak la org rumah ngomel sbb asyik blik meru...
aih..
kdg2 nak betulkan mentaliti org lelaki ni susah tpi sabar itu penting..
Tie: knur kalu balik keno duduk kat Jal. Nok dok mano lg. Jdnyo malah nok nyusoh ko AYoh Cik.
SM: masa diaorg masih ada ni la keno jenguk selalu kan. Akk pun sedih sikit sbb tak dpt balik kerap sikit.
Ica: Yup we can still have fun here. It's just that I miss my kampung. huhu
walaupun tk balik kg tp leh spend time dgn hasben dan anak2... selamat cuti2 sis...
Hanis:betul tu. Ni cuti sambil tunggu hari. hehe
Fastidious replies in return of this matter with real arguments and describing all on the topic of that.
my website; deer antler velvet
Post a Comment